Friday, June 27, 2014

Tips Ibu Bekerja Masak Pantas di Bulan Ramadhan

Azam saya untuk Ramadhan kali ni, selain perbanyakkan ibadat dan tamak pahala. Selain itu, nak kurangkan pergi bazar Ramadhan. Kalau boleh tak nak pergi langsung. Bukan sebab tak nak tolong org berniaga, tapi harga makanan mahal sangat dan tak berbaloi beli. Untuk 5 beranak di rumah ni bawa RM50 pun tak cukup. Oleh itu saya berazam untuk masak sahaja. Yang ringkas-ringkas pun takpe. Janji masak. Ibu bekerja bukan alasan taknak ke dapur ye.

Tips saya:

1. Buat list menu nak masak apa sebelulm ke pasar.
2. Shopping barag basah & bahan keperluan lain utk seminggu.
3. Susun bahan basah tu ikut keperluan hari nak masak. Cth isnin sup ayam, selasa ikan kicap. Lagi senang kalau ayam nak grill tu kita marinate siap2 sebelum simpan peti sejuk.
4. Jika beli tulang, saya rebus siap2 dalam pressure cooker. Baru kita letak beku. 
5. Boleh juga buat pes masakan siap-siap sebelum dibekukan. Contoh masak rempah kari bersama bawang & rempah 3 beradik sehingga masak dan letak kentang dan biar separuh masak sebelum dibekukan. Bila nak masak baru masukkan santan. Asam pedas pun boleh buat pes.
6. Sayur pun saya buat sama. Mungkin hilang sedikit zat, tapi kalau biarkan balut suratkhabar pun layu juga. Simpan dalam bekas bertutup
7. Bawang kupas siap2 tanpa dipotong. Ada juga yg blend tapi saya tak buat
8. Buat sambal ikan bilis siap2-siap dalam kuantiti yang banyak. Boleh digunakan untuk goreng mee, sambal telur, goreng sayur.
9. Buat kuih frozen. Contoh karipap, keria, apam mekar. Buat stok untuk seminggu.

Masa penyediaan untuk tugas di atas dalam sejam diperlukan. Tapi masa kita memasak hari2 dapat dipendekkan, 30 mt di dapur dan boleh siap 3 lauk!
Selamat mencuba!


Tips saya untuk kekal cergas di bulan puasa? Saya ambil ESP untuk bersahur dan suplemen Shaklee yang lain juga. Tipulah kalau tak penat, tapi memang banyak membantu tenaga tambahan di bulan Ramadhan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...