Tuesday, December 23, 2014
Kandungan Dari Bahan Semulajadi Di Dalam Sustained Release Vitamin C
Sunday, December 21, 2014
Perfect Portion
Tips ni saya dapat dari majalah iSihat.
Tips bagaimana nak turunkan berat badan walaupun tak tinggal makan.
Caranya adalah:
1. Minum 2 gelas air sebelum makan
2. Ambil nasi saiz buku lima
3. Ambil protein sebesar saiz tapak tangan
4. Lemak sebesar saiz ibu jari
5. Sayur sebanyak 2 tapak tangan
6. Buah-buahan segenggam
Friday, December 19, 2014
2 Soalan Popular Setelah Makan Vitamin B Complex
Selain itu, mungkin juga ada yang berasa lapar selepas makan B Complex. Perkara ini tidak berlaku jika B Complex di ambil selepas makan yang mencukupi. Mengapa ada tindak balas lapar jika mengambil B Complex tanpa makanan mencukupi? Ini kerana B Complex meransang metabolisma dan menukarkan makanan menjadi tenaga, Jika tiada makanan untuk diproses, badan akan demand untuk makanan. Namun, jika sudah pun makan sebelum mengambil B Complex tetapi masih lagi rasa lapar, cukup sekadar minum minuman tenaga yang mengenyangkan seperti Energizing Soy Protein, Cinch Shake Mix, milo, horlick, susu. Jangan makan mengikur nafsu dalam keadaan ini jika memang nak mengurangkan berat badan.
B Complex yang merangsang metabolisma badan boleh menyebabkan tubuh mengeluarkan haba, oleh itu pengambilan air putih yang banyak sangat digalakkan. Oleh kerana sifat ini, B Complex membantu juga dalam proses mengurangkan berat badan kerana makanan diproses menjadi tenaga dan digunakan sebaiknya.
Wednesday, December 10, 2014
Bila Lelaki dan Hormon T-Rendah
Tajuk kali ni agak serious hehe..
Sebab baca artikel baru ni tentang kaitan antara krisis pertengahan umur dan perubahan hormon di kalangan lelaki..
Ingat perempuan je ke mengalami perubahan hormon? Lelaki pun ada juga tau!
Krisis pertengahan umur atau mid life crisis biasanya dialami oleh golongan berumur antara 35 hingga 50 tahun. Simptomnya termasuklah hilang tumpuan, murung, mudah marah, pasif dan keletihan tanpa sebab. Pada satu masa lelaki risau dengan pencapaian hidup mereka setakat ini, sana ada dari segi kerjaya atau peribadi. Dan ini akan memberikan kesan emosi dan fizikal. Sound familiar??
Ok..ramai pakar berpendapat ini ada kaitan dengan otak atau perubahan hormon.
Bagaimana tu??
Testeron adalah hormon seks lelaki yg paling dominan. Kalau perempuan, hormon yg berkaitan adalah estrogen dan progesteron.
Fungsi testeron adalah utk perkembangan ciri2 am lelaki seperti tumbuh bulu dan misai serta pertumbuhan otot. Hormon ini juga bertanggungjawab dlm mengekalkan nafsu seks, menghasilkan sperma dan ketumpatan tulang.
Otal dan kelenjar pituitari inilah yg akan mengawal selia penghasilan testeron oleh testis.
Bila tahap hormon testosteron rendah atau T Rendah boleh menyebabkan nafsu seks menurun, kurang stamina, masalah ereksi, kemurungan dan moody. Masalah fizikal lain yg dialami termasuklah rambut gugur, jisim otot hilang dan pengumpulan lemak bertambah. Risiko utk penyakit kencing manis, darah tinggi dan masalah kardiovaskular lain akan memburukkan keadaan.
Bagaimana utk mengatasinya?
Rawatan pengambilan Testofen daripada bahan semulajadi iaitu herba Fenugreek yg mengandungu 100 bahan fitokimia aktif. Ia digunakan utk meninggikan tahap testosteron bebas dan libido melalui beberapa kajian klinikal.
Utk maklumat lanjut, jangan segan utk mendapatkan rawatan dari pihak doktor. Sokongan moral dan emosi terutama dari pasangan sangat2 membantu.
Sunday, December 7, 2014
Awet Muda Bukan Cara Instant
Semata-mata utk kelihatan muda remaja..
Sedangkan salah satu cara yg boleh melambatkan kesan penuaan adalah dengan mendapatkan khasiat tambahan yg sesuai.
Bila tanda penuaan, kesan pertama yg dilihat adalah pada lapisan epidermis, iaitu lapisan bawah kulit. Kulit merupakan bahagian paling awal yg dapat mengesan kekurangan kolagen pada tubuh. Kulit akan menjadi kering, kasar, kurang anjal dan berkedut. Seterusnya rambut mula gugur dan nipis, kuku mudah patah.
Tahukah anda sumber tambahan seperti pengambilan Vitamin C boleh membantu membina kolagen yg diperlukan dari badan?
Vitamin C membantu menggalakkan penghasilan kolagen dan tisu penyumbang yg lain.
Anda juga digalakkan mengambil sumber antioksida tambahan lain untuk mencegah kehilangan kolagen akibat ancaman radikal bebas.
Tapi kesannya bukan boleh dilihat sehari dua. Pengambilan Vitamin C secara konsisten dapat membantu kulit menjadi lebih lembut dan anjal.
Untuk sumber tambahan vitamin C saya cadangkan Sustain Release Vitamin C dari Shaklee.
Kandungan bahan semulajadi dlm Vitamin C SR seperti bioflavonoids meningkatkan lagi fungsi vitamin C dan mencegah pengoksidaan Vit C dalam badan.
Kini dengan promosi Belian 6 botol Percuma 1 sepanjang bulan Disember14.
Atirah Mohd Saim
013-3445124
Thursday, December 4, 2014
Petua Hilangkan Kesan Darah
Balik maghrib tadi, husband tunjukkan kesan seluarnya yg terkena sedikit darah.
Rupanya perjalanan balik tadi dia ternampak satu kemalangan motor. Rupanya penunggang motosikal tadi terlanggar divider, jalan licin kesan hujan lebat tadi. Nampak kecedaraan mukanya agak teruk. Suami turut membantu mengalihkan badannya ke tepi jalan.
Yang kesiannya dia cerita berterabur nasi atas jalan. Agaknya penunggang motosikal beli sebelum kemalangan..alahaii..teringat cerita kemalangan suami menunggang motosikal 5 tahun lepas. Tupperware nasi yg saya bekalkan turut hilang semasa kemalangan tersebut. Tercampak keluar agaknya..
Oklah, bila dia balik dengan kesan darah pada seluar, saya google lah utk tahu petua hilangkan kesan kotoran tersebut.
Dan ini yg saya buat.
Basahkan bahagian seluar yg terkena darah.
Sapukan garam halus di sekeliling kotoran tersebut.
Biarkan selama 30mt.
Alhamdulillah, nampak hilang kotoran tersebut. Lepas tu saya tuangkan setitis dua Basic H dan sapukan pada kesan kotoran tersebut agar hilang dan lebih bersih.
Basic H Organic Super Cleaning Concentrate ni saya cadangkan perlu ada pada setiap rumah. Serbaguna dan berkuasa. Tanpa toksid dan selamat pada tangan.
Selamat mencuba!
Tuesday, December 2, 2014
Natural vs Sintetik
Sempena double promotion utk bulan Dec'14 iaitu Vitamin C dan Vitamun E, elok kita kenali bagaimana utk mengetahui vitamin yg diambil adalah dari sumber natural atau sintetik.
Untuk Vita C yg natural, carilah label yg mengandungi kandungan sitrus, rose hips dan acerola berries sebagai sumber.
Untuk Vita E yg natural, sumbernya dari minyak sayuran, minyak biji gandum atau kombinasi tocopherol dan d-alpha tocopherol.
Jika label adalah dl-alpha tocopheral bermaksud sintetik.
Adakah produk Shaklee utk kedua-dua vitamin ini dari sumber natural atau sintetik?
Saya akan kongsikan pada entri seterusnya.