Thursday, December 4, 2014

Petua Hilangkan Kesan Darah

Balik maghrib tadi, husband tunjukkan kesan seluarnya yg terkena sedikit darah.

Rupanya perjalanan balik tadi dia ternampak satu kemalangan motor. Rupanya penunggang motosikal tadi terlanggar divider, jalan licin kesan hujan lebat tadi. Nampak kecedaraan mukanya agak teruk. Suami turut membantu mengalihkan badannya ke tepi jalan.

Yang kesiannya dia cerita berterabur nasi atas jalan. Agaknya penunggang motosikal beli sebelum kemalangan..alahaii..teringat cerita kemalangan suami menunggang motosikal 5 tahun lepas. Tupperware nasi yg saya bekalkan turut hilang semasa kemalangan tersebut. Tercampak keluar agaknya..

Oklah, bila dia balik dengan kesan darah pada seluar, saya google lah utk tahu petua hilangkan kesan kotoran tersebut.

Dan ini yg saya buat.

Basahkan bahagian seluar yg terkena darah.
Sapukan garam halus di sekeliling kotoran tersebut.
Biarkan selama 30mt.

Alhamdulillah, nampak hilang kotoran tersebut. Lepas tu saya tuangkan setitis dua Basic H dan sapukan pada kesan kotoran tersebut agar hilang dan lebih bersih.

Basic H Organic Super Cleaning Concentrate ni saya cadangkan perlu ada pada setiap rumah. Serbaguna dan berkuasa. Tanpa toksid dan selamat pada tangan.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...