Tajuk kali ni agak serious hehe..
Sebab baca artikel baru ni tentang kaitan antara krisis pertengahan umur dan perubahan hormon di kalangan lelaki..
Ingat perempuan je ke mengalami perubahan hormon? Lelaki pun ada juga tau!
Krisis pertengahan umur atau mid life crisis biasanya dialami oleh golongan berumur antara 35 hingga 50 tahun. Simptomnya termasuklah hilang tumpuan, murung, mudah marah, pasif dan keletihan tanpa sebab. Pada satu masa lelaki risau dengan pencapaian hidup mereka setakat ini, sana ada dari segi kerjaya atau peribadi. Dan ini akan memberikan kesan emosi dan fizikal. Sound familiar??
Ok..ramai pakar berpendapat ini ada kaitan dengan otak atau perubahan hormon.
Bagaimana tu??
Testeron adalah hormon seks lelaki yg paling dominan. Kalau perempuan, hormon yg berkaitan adalah estrogen dan progesteron.
Fungsi testeron adalah utk perkembangan ciri2 am lelaki seperti tumbuh bulu dan misai serta pertumbuhan otot. Hormon ini juga bertanggungjawab dlm mengekalkan nafsu seks, menghasilkan sperma dan ketumpatan tulang.
Otal dan kelenjar pituitari inilah yg akan mengawal selia penghasilan testeron oleh testis.
Bila tahap hormon testosteron rendah atau T Rendah boleh menyebabkan nafsu seks menurun, kurang stamina, masalah ereksi, kemurungan dan moody. Masalah fizikal lain yg dialami termasuklah rambut gugur, jisim otot hilang dan pengumpulan lemak bertambah. Risiko utk penyakit kencing manis, darah tinggi dan masalah kardiovaskular lain akan memburukkan keadaan.
Bagaimana utk mengatasinya?
Rawatan pengambilan Testofen daripada bahan semulajadi iaitu herba Fenugreek yg mengandungu 100 bahan fitokimia aktif. Ia digunakan utk meninggikan tahap testosteron bebas dan libido melalui beberapa kajian klinikal.
Utk maklumat lanjut, jangan segan utk mendapatkan rawatan dari pihak doktor. Sokongan moral dan emosi terutama dari pasangan sangat2 membantu.
No comments:
Post a Comment