Friday, December 19, 2014

2 Soalan Popular Setelah Makan Vitamin B Complex


1. Mengapa Urin Menjadi Kekuningan selepas makan B Complex?
        Ini normal kerana B Complex merupakan vitamin larut air dan ia mengandungi elemen Riboflavin (B2) yang menyebabkan urin bertukar kekuningan . Riboflavin diperlukan dalam badan terutama semasa proses pelepasan tenaga.
2. Mengapa rasa lapar selepas makan B Complex?

Selain itu, mungkin juga ada yang berasa lapar selepas makan B Complex. Perkara ini tidak berlaku jika B Complex di ambil selepas makan yang mencukupi. Mengapa ada tindak balas lapar jika mengambil B Complex tanpa makanan mencukupi? Ini kerana B Complex meransang metabolisma dan menukarkan makanan menjadi tenaga, Jika tiada makanan untuk diproses, badan akan demand untuk makanan. Namun, jika sudah pun makan sebelum mengambil B Complex tetapi masih lagi rasa lapar, cukup sekadar minum minuman tenaga yang mengenyangkan seperti Energizing Soy Protein, Cinch Shake Mix, milo, horlick, susu. Jangan makan mengikur nafsu dalam keadaan ini jika memang nak mengurangkan berat badan.

B Complex yang merangsang metabolisma badan boleh menyebabkan tubuh mengeluarkan haba, oleh itu pengambilan air putih yang banyak sangat digalakkan. Oleh kerana sifat ini, B Complex membantu juga dalam proses mengurangkan berat badan kerana makanan diproses menjadi tenaga dan digunakan sebaiknya.

Sebab tu B Complex item wajib atas meja kerja saya

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...