Thursday, November 27, 2014

Godaan Pulau Pinang - Day 2

Perjalanan hari ni bermula selepas breakfast di hotel. Kami menuju ke Municipal Youth Park di Persiaran Kuari. Perjalanan mengambil masa dalam 15mt dari hotel.



Taman rekreasi ini menyediakan kemudahan seperti trek jogging, taman permainan kanak2 dan water park. Lepas penat main taman kita berendam dulu ye.



Balik ke hotel utk check out. Tengahari ni agenda dirancang utk berjalan kaki di tengah pusat bandar Georgetown sambil melihat dan mencari lukisan mural atau street art yg terdapat di antara bangunan2 lama.

Antara jalan yg kami lalui adalah Armenian Street, Ah Quee Street. Jika anda peminat fotografi, seni dan lukisan ini antara tempat yang harus dikunjungi. Unik sebab ada unsur humor dan menyentuh kehidupan kita seharian. Lukisan2 ini ada di antaranya dihasilkan oleh Ernest Zacharevic. Disebabkan kesuntukkan masa dan tak sampai hati lihat orang tua kami panas berjalan, hanyak 6-7 lukisan/arca saja yg kami sempat lihat.


Sayang ada dinding ada yg tekopek catnya. Yang ada tu gambar dinasour pun dah tak jelas







Perkhidamatan menaiki beca, menyewa basikal dan motor turut disediakan. Terdapat juga gerai2 menjual ais kepal dan souvenier di tempat tumpuan pelancong. Kalau naik basikal harus hati2 kerana jalan sempit dan kereta agak laju di sini.
.
Kami singgah makan di Restoran Ros Nasi Kandar & Beriani. Terjumpa Mat Sabu dan rombongannya di sini :)



Destinasi seterusnya adalah Countryside Stables Penang di Teluk Bahang. Agak jauh ke sini sebab perlu melalui jalan Balik Pulau yang banyak selekoh.

Bayaran masuk adalah RM5 utk dewasa dan RM2 utk kanak2. Dapatlah anak2 bagj kuda makan dan naik kereta kuda. Gembira sungguh mereka jumpa kuda.




Balik tu singgah makan Laksa Janggus yg power! Sampai sekarang terasa lagi kesedapan ya.



Kami balik ke Permatang Pauh menaiki feri dan bermalam di rumah adik saya, Ipa.

Sebab banyak sangat makan kan, haruslah telan 3biji Omega utk membakar lemak dan kawal kolestrol. Serta sebiji Vitamin C yg wajib dibawa ke mana saja hehe..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...