Petang semalam kebetulan saya ada masa terluang. Hujan lebat, anak-anak tak boleh keluar padang dan mereka merengek untuk mengunyah sesuatu. Saya godek2 kabinet dapur..maka terjadilah episod buat apam lagi.
Ikutkan mata memang nak tidur je time hujan2 ni..tapi tak sampai hati tengok anak lapar. Saya buat Cinch Tea segelas panas, minum tawar2. Sekejap tu terus rasa berpeluh, segar sikit mata dan ringan badan. Memang best penangan Cinch Tea nanti saya kongsikan ya..
Ok berbalik kepada apam gula merah, sebelum ni saya cuba resepi yg guna tepung gandum sahaja. Hasilnya naik, gebu dan padat. Kali ni saya cuba campurkan lebihan nasi, tepung beras dan tepung gandum. Hasilnya lebih lembut dan ringan walaupun tidak naik sangat seperti resepi tepung gandum semata.
Resepi saya:
Bahan A
1cawan nasi
1 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
Sedikit garam
Bahan B
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
Daun pandan
Bahan C
1/2 cawan air suam
1 Sudu kecil gula halus
11g mauripan
Caranya
Panaskan Bahan B hingga larut dan tapiskan. Biarkan sejuk.
Ambil sedikit airnya utk dan blend untuk nasi hingga hancur.
Masukkan bahan A dalam bekas bersama bahan B. Saya gunakan whisk sahaja. Tambahkan sedikit air jika perlu. Tambah bahan C. Gaul hingga sebati dan perap sejam.
Kukus dlm acuan kecil utk 20mt.
Projek ni start lepas maghrib. Anak2 memang sukalah. Untuk 1 adunan saya dapat kira-kira 30 biji. Boleh bagi jiran lagi. Yang lebih simpan untuk sarapan pagi esoknya.
No comments:
Post a Comment