Saturday, November 29, 2014

Rahsia Cantik Wanita Jepun

Apa rahsia wanita jepun slim2 dan nampak sihat walau dah tua?

Buku karya Naomi Mariyama berjudul Japanese Women Don't Get Old Or Fat menyatakan wanita jepun paling rendah kadar obesiti dan panjang usia.

Rahsianya??

1. Makan banyak ikan terutama ikan salmon.

2. Tidak makan makanan manis, biskut & donat terlalu banyak.

3. Ada sejenis kacang yg namanya Azuki. Sering digosokkan di wajah bagi mengelakkan kedutan, mengawal pengeluaran minyak & jerawat serta mencegah masalah lingkaran hitam.

Dan ini saya tambah berdasarkan pembacaan lain

4. Amalan pengambilan probiotik, bakteria baik untuk pencernaan dan usus yg sihat. Susu kultur Yakult berasal dari sana kan

5. Amalan minum teh hijau yg bagus utk antioksida yg menghalang radikal bebas.

6. Gemar berjalan kaki/ berbasikal ke mana saja.

Haa, marilah kita tiru diet orang jepun ni. Ambil makanan yg tinggi asid lemak omega3, 2-3 kali seminggu.



Macam mana ye rupa kacang azuki ni?. Macam rupa kacang merah yg selalu kita makan bersama ABC atau pemanis mulut yg lain.




Satu lagi kebaikkan kacang merah ni ia kaya dengan zat besi terutama untuk wanita yang semasa kedatangan haid mudah kehilangan zat besi. Ia rendah kalori dan bebas lemak jika dibandingkan sumber zat besi yang lain seperti daging merah. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...