Thursday, November 20, 2014

Keracunan Makanan

Isnin lepas, saya dan Aufa mengalami keracunan makanan. Tak pasti dari mana, rasanya dari nasi lemak yg diterima semasa program di Putrajaya pagi tu. Perut kami memang sensitif dengan makanan yg tercemar.

Bermula dengan muntah, cirit birit dan pedih ulu hati akibat perut berangin. Si kecil Aufa memang kesian, tak tidur lena akibat berulang alik ke tandas tapi nasib baik dia tidak meragam banyak.

Besoknya doktor bekalkan ubat tahan muntah, sakit perut dan buang angin.

Disebabkan saya tiada stok suplemen Peppermint Ginger & Garlic, saya hanya minum Performance Drink utk tambah tenaga. Aufa pula saya beri yogurt utk bakteria baik dalam perut.

Untuk yg nak pilih rawatan semulajadi, ini mungkin boleh membantu anda.

1. Halia - rasa pedas asli halia dikatakan mengandungi antibiotik utk mengembalikan perut pada keadaan normal.

2. Jus Lemon - Mengandungi sejenis asid yg dapat membunuh bakteria jahat dalam perut.

3. Pudina - dapat membantu melegakan perut

4. Cuka Epal - membantu menyembuhkan salit kepala & masalah penghadaman.

Selamat mencuba! Boleh standby stok bahan di atas di dapur anda untuk saat2 kecemasan.

*Gambar ihsan Google

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...