Friday, October 31, 2014

Sembelit?? Tiada Lagi Mimpi Ngeri Di Dalam Tandas

Assalamualaikum..

Pernah tak anda mengalami masalah2 begini:


  • Sakit atau rasa tak selesa terutama bengkak dan rasa gatal pada bahagian dubur
  • Pengeluaran lendir
  • Pendarahan rektum


Awas! Itu mungkin antara simptom2 buasir. Buasir merupakan pembengkakan vena atau saluran darah pada bahagian rektum dan dubur.


 Buasir terjadi akibat tekanan darah terlalu tinggi di bahagian rektum yg mendorong kepada keregangan pada salur darah sekaligus menyebabkan bahagian dubur menjadi bengkak.

Apabila vena ini membonjol keluar, ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya bengkak, sakit, gatal dan berdarah.


Antara faktor yang menyebabkan keadaan di atas adalah:


  • Meneran ketika membuang air besar
  • Cirit birit
  • Bersalin
  • Diet rendah serat
  • Duduk dalam tempoh masa yg panjang.

Bagaimana Set Cadangan Shaklee untuk Buasir boleh membantu??

Berita baik untuk anda, terutama ibu mengandung dan dalam pantang yang mengalami masalah sembelit. Shaklee ada menawarkan produk melegakan masalah anda. Set ini mengandungi 3 produk iaitu Alfalfa/Herblax, Zinc dan Ostematrix. Ia berfungsi melalui 2 langkah:

1. Detoksifikasi

Menyahtoksik dengan produk Herb Lax atau Alfalfa. Alfalfa juga kaya dengan serat untuk melancarkan proses pembuangan.

2. Menjanasemula sel

Zinc membantu meningkatkan sistem imun dan mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan luaran.
Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ia melembapkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.
Ostematrix membantu proses pelawasan yang mudah.






Untuk pertanyaan:

Atirah| 013-3445124
SID 886787


Tuesday, October 28, 2014

Away Day - Belajar Motivasi

Assalamualaikum..

2 minggu lepas, saya hadir ke Away Day Division Office Saya di Avani Resort, Sepang. Cantik tempat tu, chalet atas air. Sesuai untuk bawa family. Tapi sebab atas urusan kerja saya tak dapatlah bawa family, takpelah lepas ni kita pergi ya..

Apa yg nak saya kongsikan adalah 2 benda yg saya belajar semasa  Away Day. Aktiviti hari pertama ala2 team building.

1. Disagree But Commit
Pernah kan dalam kehidupan harian kita, kita tak bersetuju dgn sesuatu perkara, tak kiralah dgn pasangan atau bos. Bila konflik berlaku apa tindakkan kita?
Bantah dan tidak melakukan seperti diminta?
Atau ya..kita tak setuju, kita ada pendapat sendiri tapi kita tahu kita terikat dgn objektif syarikat atau kita bekerja dlm satu kumpulan. Kerjasama suami isteri pun dalam satu kumpulan kan?

Konflik atau tak bersependapat tu bagus sebenarnya. Sebab kita saling berhujah cara mana yg lebih baik. Penghujungnya kita tahu kita mesti mencapai matlamat yg satu. Sebab tu dlm kumpulan walaupun ada konflik awalnya tp setiap ahli pasukan berbincang cara mana yg bagus dan perlu bergerak ke arah target yg satu. Bukan lari dari komitmen.

2. Sacrifice or Investment?
Kalau org minta pertolongan, kita akan gembira utk membantu kan? Kalau kali ke2 agak2 suka lagi tak nak tolong? Kali ke3? Berbaloi ke apa yg kita tolong?

Kenapa ya? Mungkin sebab kita rasa kita perlu dapat balasan atas pertolongan dulu?
Cth lain mungkin saya boleh kaitkan dengan biz Shaklee saya. Tidur lewat study produk atau tulis blog, belanja utk promosi, atau kurang masa tengok tv. Itu pengorbanan atau pelaburan? Kalau pengorbanan kita mungkin rasa penat jika tak dapat pulangan, tapi kalau kita buat sesuatu dengan objektif ini adalah pelaburan aku utk masa depan yg cerah, pahala lebih dapat 'memberi' tentu kita tak rasa sia2 kan apa yg kita buat sekarang? So sekarang ni, kita nak anggap kerja yg kita buat ni pengorbanan atau pelaburan?. Tentu nak anggap sebagai saham

Dua benda ni memang melekat dalam fikiran saya balik tu. Semoga saya dapat amalkan dan berubah jadi yg lebih baik dari sebelumnya. Semoga anda juga dapat manfaat atas apa yg saya kongsikan.

Sunday, October 26, 2014

Performance Drink - Boost Your Energy

Anda rajin melakukan aktiviti luar?
Anda bekerja di bawah sinaran matahari yg membuatkan sering dahaga?
Anda aktif bersukan?
Anda sering letih lesu, berasa haus sentiasa?
Anda berpuasa?
Cirit Birit hingga badan kehilangan air?

Minuman ini mungkin sesuai & dapat membantu anda.

Performance Drink adalah minuman hidralit yg kaya dgn mineral tinggi. Ia bukan seperti air minuman isotonik di pasaran. PD rendah gula dan bebas dari karbonat.

Bancuh dengan air sejuk, nyaman terasa.

Khas untuk mereka yg bersukan, minuman PD:

Memberi tenaga kepada otot & sel dgn cepat
Menggantikan air yg hilang
Meningkatkan daya tahan otot & mengelakkan kecederaan
Performance Drink bukan sekadar minuman isotonik biasa.

Nak setong hari ini?

Hubungi SID Anda
Atirah Mohd Saim
013-3445124
COD Area Bangi/Kajang/Jln Tun Razak KL

Projek Hujung Minggu - Frozen Breakfast

Assalamualaikum semua..

Mood terlebih rajin mingu ni. Lagipun anak2 nak periksa maka masa banyak dihabiskan di rumah.

Jadilahnya projek membuat kuih untuk stok sarapan 2-3 hari minggu ni. Kuih keria dan karipap. Saya panaskan dgn oven selama 5 mt sebelum disimpan dlm peti sejuk. Besok pagi2 tinggal goreng saja.

Karipap tu dari lebihan ayam yg saya masak Nasi Beriani Pakistan di pagi Awal Muharam lepas. Bahagian dada memang ramai tak suka, dari membazir saya carik-carikkan, letak kentang & pes kari masak atas dapur. Sedap!! Sebab terasa rempahnya.

Sukalah anak minggu ni, taklah jemu dengan roti, cucur dan corbflakes saja.

Saturday, October 25, 2014

Khasiat Pisang

Pisang awak
Pisang berangan
Pisang tanduk
Pisang emas

Antara jenis pisang yg terkenal. Pisang boleh dimakan mentah atau dijadikan hidangan. Paling saya suka buat adalah milkshake banana. Akhir entry saya kongsikan resepi milkshake banana ye. Kenyang tau makan pisang ni sebenarnya.



Mengikut pemmbacaan artikel bertajuk Pisang Cergaskan Badan, Majalah iSihat Nov14, apa yang boleh saya kongsikan:

Sebiji pisang = Mengandungi 110 kalori & 14g gula.

Anda sering stress? Makan pisang! Betul, kerana kandungan B6 dalam pisang membantu otak mengeluarkan hormon serotonin yg memberi kesan penenang dan meredakan tekanan emosi. Wahh!! Wajib ada stok pisang di rumah terutama utk ibu2 yg mempunyai anak2 aktif ni :)

Manfaat kesihatan lain yg boleh diperoleh dari pisang adalah:

Memelihara jantung dan mengawal tekanan darah.
Bagaimana? Dengan kandungan potasium/kalium sehingga 400mg dlm sebiji pisang kerana kalium mampu memelihara fungsi otot dan saraf serta menjaga keseimbangan cecair badan.

Sebagai snek yang sihat
110 kalori sahaja dlm sebiji pisang dan 3g serat utk proses pencernaan badan & memberikan rasa kenyang lebih lama.

Untuk kekuatan tulang
Pisang kaya dengan zat besi. Kalium dlm pisang juga membantu mencegah risiko osteoporosis.

Menarik kan? Oh ya, ini resepi milkshake banana kegemaran saya:

200ml susu segar
1 biji pisang berangan
1 scoop Mealshake Shaklee @ 1 scoop ESP Shaklee
Beberapa ketul ais

Blend sehingga hancur dan pekat. Mesti nak lagi!

Friday, October 24, 2014

Bawa Bekal Ketika Bercuti

Sekarang ni kecohlah pak menteri dengan Kempen Membawa Bekal sebagai satu cara menjimatkan belanja.

Saya tak malu nak mengaku yg saya sangat suka bawa bekal! Tak kiralah bekal ke tempat kerja atau waktu berjalan. Mungkin sebab kecil dulu dah biasa mak ayah sediakan bekal sebab kami adik beradik ramai.

Malah kalau berjalan pun saya pastikan ada bekal dalam kereta. Paling kurang utk kudap-kudapan. Kalau berjalan waktu pagi, saya akan cuba masak utk sarapan dan lunch. Sampai hotel, makan bekalan dari rumah. Waktu malam baru cari makan luar. Bukanlah kedekut tapi kurang2 dapat jimat sedikit belanja, bolehlah didivertkan ke shopping! Hehe. Nasib baik suami pun sekepala dan suka je bawa bekal dari rumah.

Contoh hidangan bekalan kami:

Utk sarapan - ringkas sahaja seperti sandwich atau cekodok/kuih. Mihun goreng pun sedap. Bekalan buah pun saya potong siap2.

Utk lunch - biasanya nasi lemak atau nasi dengan lauk yg ringkas dan kurang berkuah. Contoh ayam kicap/ayam panggang dan sayur goreng.

Air masak secukupnya jangan lupa.

Selain tu saya bawa juga air kotak, roti, biskut dari rumah utk kudapan anak.

Seronok bawak tupperware tingkat tu dan makan di hotel. Ala-ala piknik gitu. Yang penting masakan dimasak dengan kasih sayang, sedap tak sedap belakang kira.

Gambar ni diambil bulan lepas nak pergi jogging dan bersenam di taman Presint Diplomatik sambil picnic di wakaf.

Thursday, October 23, 2014

Had Pengambilan Soya Yang Selamat

Anda suka soya? Tapi risau berapa sebenarnya jumlah yang selamat diambil sehari?

Soya sering diambil oleh masyarakat di Negara Asia. Di Jepun & sebahagian urban China misalnya, purata pengambilan adalah 1 ½ to 2 hidangan setiap hari. Tetapi orang tua yang cenderung kepada diet tradisi mungkin mengambil sehingga 3 hidangan sehari.

Berdasarkan kajian penyelidikkan yang dijalankan di Asia & Barat, pengambilan yang dicadangkan adalah sebanyak

3 atau 4 hidangan soya sehari = 25g protein dan 100mg isoflavones


Jika melebihi jumlah di atas, ia tidak merbahaya tetapi pengambilan lebih dari 4 hidangan soya sehari adalah tidak konsisten dengan prinsip kepelbagaian dan kesederhanaan dalam memilih makanan.

Keypoint di sini adalah bersederhanalah dalam pengambilan sesuatu makanan walaupun kita suka sangat dengan makanan tu atau sesihat mana makanan tersebut.

Berapa pengambilan ESP yang dibenarkan?

Cuba check label ESP tong anda.
Amount per Serving (28g) (3sudu)

So ingat ya! Jangan lebih 3 sudu sehari.


Wednesday, October 22, 2014

7 Kriteria WAJIB Ada Pada Protein Soya yang Berkualiti dan Terbaik

Perbezaan ESP Shaklee

OK, sebelum ini saya dah terangkan yang protein ESP adalah terhasil daripada kacang soya non GMO. Ini salah satu ciri yang membezakan protein ESP Shaklee dengan soya lain di pasaran. Selain itu ciri-ciri lain yang menjadikan ESP berkualiti dan terbaik adalah:


Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organik

Kenapa kacang soya mesti ditanam secara organik? Sebab kajian penananam secara kimia (bukan organik) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatlah penting racun seranggan dan bahan kimia lain tidak digunakan di sepanjang proses pembesaran soybeans ni.

Kacang Soya itu mestilan Non GMO (tak dihasilkan secara genetik)

Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered? Sebab secara umumnya. kacang soya yang dari jenis genetik ini adalah murah utk dihasilkan (lebih kurang vitamin sintetik dan vitamin natural) dan kebanyakan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan

Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu

Ini ciri yang amat penting. Badan memerlukan kesemua 9 asid amino ini untuk menghasilkan hormone, jus penghadaman,antibodi, enzyme. Jika salah satu dari asid amino penting ini hilang, sistem imun akan menyrun 30% dan banyak fungsi badan akan terhenti atau terganngu.

Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alkohol

Alcohol itu haram satu perkara, tapi kalau dicuci dgn alkohol ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone sehingga 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko kanser paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang

Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan

Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.

Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan

Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result

Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur kalsium..kenapa?

Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang. Dan oleh yg demikian unsur kalsium yang secukupnya mesti ditambah ke dalam soy perotein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soya tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protein tidak menambah cukup.


Bagaimana dengan Shaklee Energizing Soy Protein (ESP)?

Sudah tentu melepasi piawaian di atas dengan cemerlangnya. Jadi tidak perlu lah anda pening lagi kerana sudah tahu jawapannya. ESP adalah produk no 1 kami. Sekali mencuba sudah pasti anda akan jatuh cinta dan tidak berpaling lagi.




Promosi ESP Percuma 1 Untuk 6 Pembelian masih lagi berbaki 9 hari untuk bulan Oktober'14.

Harga Runcit RM150
Harga Ahli?? Hubungi saya jika anda berminat dengan keahlian Shaklee

Dapatkannya sebelum terlambat!



Monday, October 20, 2014

Jemput-Jemput Lagi

Rumah saya setiap minggu sekurang2nya sekali mesti sarapan jemput2 utk anak-anak. Tak kiralah jemput2 jagung ke, jemput2 pisang ke, jemput2 ikan bilis atau jemput2 udang. Penyediaan sarapan haruslah kurang dari 20mt makanya jemput2 lah hidangan paling sesuai.

Tapi pagi tadi saya buat jemput2 manis. Kemas2 gobok jumpa lebihan tepung naik sendiri stok raya haji. Nak buat kek malas, saya google jumpa resepi jemput2 manis ni. Kebetulan semua bahan ada di rumah.

Resepi Cucur/Cekodok/Jemput2 Manis.

Bahan2:

2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula. Ikut tekak nak manis atau tak
2 sudu yogurt
1 biji telur
1-2 sudu susu pekat manis
Secubit garam
Air suam secukupnya.

Saya tak tunggu lama. Biarkan adunan dalam 10mt terus goreng.

Rasanya? Sedap dan sangat lembut! Kalah jemput2 adabi segera tu. Rasa ala2 donut pun iye.

Sila cuba ya. Habiskan stok tepung naik sendiri anda. Lagi best kawankan dengan segelas ESP. ESP promo bulan ni saja ya.

Friday, October 10, 2014

Breakfast On The Go

Semua tahu kepentingan sarapan. Tapi utk ibu2 yg rushing pagi2..Mana nak buat sarapan lagi, nak siapkan anak sekolah lagi. Kadang ibu pergi ke pejabat dgn perut kosong. Mulalah gelisah waktu memandu nak2 kalau dlm jem. Pengsan!!

So ini pilihan saya utk sarapan yg ekspress dan boleh diambil dalam perjalanan ke tempat kerja.

1 sudu ESP
200ml fresh milk
Shake dan siap diminum.

Kalau nak minum sebelum keluar rumah pun ok. Nak bawak dlm shaker dan minum masa memandu macam ni pun ok.

Contoh bekalan lain yg saya standby buat sarapan dlm kereta. Jalan di KL susah diteka. Kalau lambat sampai pejabat memang tak sempatlah sarapan. Yang saya suka sebab buat hilang mengantuk dan hilangkan keroncong perut. Biasanya yg handy dan senang dipegang. Ini bagi mengekalkan fokus semasa pemanduan :)

Buah - potong epal siap2, buah plum pun sedap

Cekodok. Senang terus ngap

Roti. Roti sapu jem, roti telur banjo. Tapi awas sos dan mayonis jgn meleleh sampai kena baju hehe.

Kuih muih. Kadang kalau ahad malam saya buat sedikit kuih utk bawak bekal esoknya.

Tapi ESP memang membantu saya utk tak culas sarapan. Nak sediakan pun mudah dan pantas. Yang penting kenyang lama sebab kandungan Glycemix Index yg rendah. Membantu pelepasan tenaga dlm darah secara perlahan. Taklah hari2 kita makan nasi lemak je kan.

Saya tak cuba lagi makan nasi lemak masa memandu. Bahaya tu. Tak pasal2 kereta belakang hon :)

Bulan ni memang masa yg terbaik nak cuba ESP. Utk ahli anda berhak mendapat harga JIMAT utk Oct14 sahaja.

Berminat menjadi ahli?

Hubungi saya:
Atirah Mohd Saim| 013-3445124
SID 886787
FB: Atirah Binti Mohamed

Secawan Teh 1001 Khasiat

Teringat waktu berbuka puasa, air yang paling sedap diminum bukan air tebu atau air cincau, tapi segelas teh panas! Sedap rasanya buat penghilang dahaga seharian.



Ramai yang tahu teh hijau bagus untuk kesihatan, tapi sebenarnya manfaat teh bukan terletak pada warna hijau sahaja. Teh hijau, hitam, putih dan merah datang dari sumber yang sama iaitu Camillia sinensis. Daun teh telah digunakan sejak dulu lagi dalam perubatan Cina dan Jepun. Populasi di Okinawa Jepun dikatakan yang tertua di dunia dipercayai minuman mereka adalah teh hijau dan teh sampin!

Jom lihat khasiat teh yang lain.

1001 Khasiat Teh

Daun pada tumbuhan Camillia sinensis inilah yang mengandungi polifenol iaitu antioksida yang kuat yang juga bertindak sebagai anti kanser. Tugas polifenol? Membantu melindungi sel yang normal dari rosak melui proses fisiologi yg dikenali sebagai tekanan oksidatif.

Teh juga mengandungi sejenis bahan kimia iaitu L-Thenine yang meransang sejenis gelombang untuk meransang otak kekal cergas dan positif. Jumlah pengambilan teh dikaitan dengan prestasi yang lebih baik pada fungsi ingatan dan pemprosesan maklumat.

Kulit cantik dengan hanya minum teh! Tak percaya? Teh hijau, hitam, putih dan merah mengandungi bahan antioksida yang tinggi termasuk vitamin E & C. Ini memberikan pertahanan yang baik dalam melindungi kulit daripada elemen yang merosakkan dari persekitaran dan pemakanan.

Apa Ada Dengan Jenis Teh?


Teh Hitam

  • Rasa sedikit pahit dan mengandungi kafein yang tinggi
  • Kajian menunjukkan mereka yg minum 3 cawan atau lebih teh sehari boleh membantu mengurangkan risiko sebanyak 12%
Teh Hijau
  • Rasa yang lebih halus daripada hitam
  • Mengandungi bahan antioksia yg dipanggil 'catechins' yang boleh mencegah kanser
Teh Merah
  • Membantu dalam penurunan berat badan. Mengaktifkan enzim yg bertanggungjawab untuk menyingkirkan trigliserida, sejenis lemak yang disimpan dalam sel lemak.
Teh Putih
  • Rasa sedikit lembut kerana dipetik ketika masih muda dan kurang kafein.
  • Kajian mendapati teh putih sangat berkesan bagi individu pengidap diabetes

Satu hari nak kena minum semua jenis teh di atas ke? Erkk..kembung perut dengan teh.
Pernah dengar Cinch Energy Tea Mix? Dalam pek Cinch Energy Tea Mix dah siap-siap ada campuran teh hijau, teh putih dan teh merah.


Perbezaan Cinch Energy Tea Mix
  • Selamat, penggalak tenaga semulajadi
  • Ditambah taurina untuk meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
  • Pilihan alternatif terbaik berbanding kopi atau soda
  • Tanpa gluten, perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

Bagaimana nak minum Cinch Tea? Masukkan satu pek Cinch Tea dalam segelas 6-8 oz air. Boleh diminum panas atau sejuk. Untuk rasa dan nikmat yg lebih hebat, letakkan sehiris lemon. Sedapp!




Berminat?

Hubungi:
Atirah Mohd Saim
013-3445124
FB: Atirah Mohamed


*Rujukan artikel dari majalah iSihat keluaran Mei 2014


Sunday, October 5, 2014

Hari Tanpa Gajet

Balik kampung raya korban hari tu banyaklah aktiviti anak-anak boleh buat. Nak2 sepupu ramai.

Kejar ayam. Kesian ayam fobia tengok bala tentera. Jaga-jaga jangan sampai terpijak tahi ayam.

Main teng-teng. Untunglah kawasan laman nenek luas. Lukis atas tanah je. Bagus belajar balancing badan.

Tengok lembu korban.

Main bola sampai habis batas ubi nenek.

Tapi malam tu masing2 curi hp mak ayah, main game atau tengok youtube. Tak berjaya juga nak bebas gajet satu hari.

Kena biarkan anak bermain dan explore dunia luar utk kecergasan badan & minda yg sihat. Bukan hanya duduk main game. Saya akui kadang2 terleka dan biarkan anak dgn gajet.

Harus berbuat sesuatu selepas ini

Kenyang Ubat Batuk

Seminggu ni Aufa mula batuk yg berkahak. Mungkin jangkitan di tadika dan dia kerap minum air sejuk Tapi dia dah boleh keluarkan kahak sendiri, maka saya tak lah risau sangat. Cuma geram sebab dia tak nak batuk kuat2 untuk keluarkan kahak tu. Tersekat di kerongkong. Takpun dia telan.

"Already telan mama!"..

Kita yg dengar ni geram. Puas tepuk belakang bantu dia keluarkan kahak dan buang

Saya hanya teruskan makan Omega seperti biasa dan Vitamin C. Tapi bila di kampung terlupa nak bawa ubat atau suplemen. Bersama sepupu sedaplah makan aiskrim. Berserah je supaya keadaan tak jadi melarat dan bagi dia minum air masak seperti biasa.

Tapi untuk kanak2 2 tahun ke bawah tak digalakkan ye ambil ubat batuk. Seperti yg adik saya beritahu, ada dinyatakan dalam risalah KKM yg diedarkan di Hospital PD.

- Ubat batuk hanya boleh diberikan atas nasihat doktor untuk anak berumur 2 tahun ke atas. Bawah usia 2 tahun tak digalakkan.

- Bawa berjumpa doktor pakar jika batuk anak berlarutan melebihi seminggu teritama jika ia adalah jangkitan virus.

- Kebanyakkan kes anak2 yang batuk selsema tidak memerlukan ubat mahupun antibiotik

Ubat batuk walalaupun dikatakan selamat tapi ia hanya untuk simptom sakit bukan untuk memulihkan batuk itu sendiri.

Hati-hati ya dalam memberikan ubat batuk. Takut anak kita 'kenyang' ubat tapi tak baik2 pula dan membawa mudarat.

Salam Eid Adha untuk semua. Semoga ibadah korban kita diterima Allah s.w.t

Thursday, October 2, 2014

Promo Oct14 -Energizing Soy Protein (ESP)

Belum terlambat lagi nak umumkan produk promo bulan ni..

Yeahh!! ESP datang lagi. Beli 6 percuma 1. Bagaimana nak beli tu? Contact saya utk detail ya.

Tak perlu diperkenalkan lagi, tong biru ni memang jadi pujaan ramai wanita terutamanya.

Nanti saya kongsikan kelebihan soya non GMO ini ya.


Harga Runcit RM150

Harga Ahli, sila hubungi saya:

Atirah Mohd Saim
013-3445124
Fb: atirah mohamed
atirahmohamed@yahoo.com

Wednesday, October 1, 2014

Bye-bye Kereta, Welcome LRT

Assalamualaikum, Selamat Pagi..

Hari ni memang nekad nak gunakan pengangkutan awam ke tempat kerja di Jalan Tun Razak. Sebelum ini saya memang berkereta ke pejabat. Satu masalah adalah tiada LRT/Putra berdekatan pejabat dan kami perlu naik bas syarikat yg disediakan di stesyen LRT berkenaan.

Sejak pengumuman harga Ron95 naik Rm0.20  kepada RM2.30 malam semalam jadi turning point saya untuk menggunakan LRT. Pulak tu kelmarin 1 Okt parking bersebelahan pejabat saya dinaikkan dari RM8 kepada RM10!. Duit macam air terjun mengalir laju sebaik sahaja start enjin kereta.

Ok..mari buat kira2 berkaitan anggaran perbelanjaan ke tempat kerja untuk sehari:

Plan A - Menggunakan Kereta.

Minyak RM4 dari Bangi ke Terminal Bdr Tasik Selatan.
Tol RM5.20 pergi balik
Parking TBTS RM3
LRT BTS ke Chan Sow Lin RM2 pergi balik
Bas dari LRT CSL ke RHB percuma

Total sehari RM14.20

Plan B - Menggunakan LRT

Minyak RM8 dari Bangi ke Jln Tun Razak KL
Tol RM 8.40 termasuk MEX hiway
Parking RM10

Total RM26.40 sehari

Beza hampir separuh kan? Walaupun saya dapat parking allowance RM100 tapi dengan kenaikkan sekarang saya masih lagi perlu top up duit sendiri.

Tapi mode pengangkutan akan berubah mengikut keperluan kerja/keluarga. Kadang2 ada mesyuarat atau adhoq request. Kalau suami outstation tak sempat kejar masa jika naik lrt

Satu yg bestnya naik LRT ni dapat exercise dengan berjalan. Taklah terperuk dalam aircond kereta je. 

Harapan saya semoga cepatlah projek MRT ni siap cepat. Ada alternatif lain yg lebih jimatkan masa.

Bila rasa kita kesempitan, biasa kita akan kurangkan perbelanjaan. Tapi kadang rasa semua benda kita dah jimat tapi masih rasa sesak. Nak tak jika saya tawarkan pendapatan tambahan dengan business online melalui Shaklee?

Hubungi saya jika anda berminat ya! Anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami dan bimbingan percuma.

Atirah Mohd Saim
013-3445124

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...