Rumah saya setiap minggu sekurang2nya sekali mesti sarapan jemput2 utk anak-anak. Tak kiralah jemput2 jagung ke, jemput2 pisang ke, jemput2 ikan bilis atau jemput2 udang. Penyediaan sarapan haruslah kurang dari 20mt makanya jemput2 lah hidangan paling sesuai.
Tapi pagi tadi saya buat jemput2 manis. Kemas2 gobok jumpa lebihan tepung naik sendiri stok raya haji. Nak buat kek malas, saya google jumpa resepi jemput2 manis ni. Kebetulan semua bahan ada di rumah.
Resepi Cucur/Cekodok/Jemput2 Manis.
Bahan2:
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula. Ikut tekak nak manis atau tak
2 sudu yogurt
1 biji telur
1-2 sudu susu pekat manis
Secubit garam
Air suam secukupnya.
Saya tak tunggu lama. Biarkan adunan dalam 10mt terus goreng.
Rasanya? Sedap dan sangat lembut! Kalah jemput2 adabi segera tu. Rasa ala2 donut pun iye.
Sila cuba ya. Habiskan stok tepung naik sendiri anda. Lagi best kawankan dengan segelas ESP. ESP promo bulan ni saja ya.
No comments:
Post a Comment