Balik kampung raya korban hari tu banyaklah aktiviti anak-anak boleh buat. Nak2 sepupu ramai.
Kejar ayam. Kesian ayam fobia tengok bala tentera. Jaga-jaga jangan sampai terpijak tahi ayam.
Main teng-teng. Untunglah kawasan laman nenek luas. Lukis atas tanah je. Bagus belajar balancing badan.
Tengok lembu korban.
Main bola sampai habis batas ubi nenek.
Tapi malam tu masing2 curi hp mak ayah, main game atau tengok youtube. Tak berjaya juga nak bebas gajet satu hari.
Kena biarkan anak bermain dan explore dunia luar utk kecergasan badan & minda yg sihat. Bukan hanya duduk main game. Saya akui kadang2 terleka dan biarkan anak dgn gajet.
Harus berbuat sesuatu selepas ini
No comments:
Post a Comment