Friday, October 24, 2014

Bawa Bekal Ketika Bercuti

Sekarang ni kecohlah pak menteri dengan Kempen Membawa Bekal sebagai satu cara menjimatkan belanja.

Saya tak malu nak mengaku yg saya sangat suka bawa bekal! Tak kiralah bekal ke tempat kerja atau waktu berjalan. Mungkin sebab kecil dulu dah biasa mak ayah sediakan bekal sebab kami adik beradik ramai.

Malah kalau berjalan pun saya pastikan ada bekal dalam kereta. Paling kurang utk kudap-kudapan. Kalau berjalan waktu pagi, saya akan cuba masak utk sarapan dan lunch. Sampai hotel, makan bekalan dari rumah. Waktu malam baru cari makan luar. Bukanlah kedekut tapi kurang2 dapat jimat sedikit belanja, bolehlah didivertkan ke shopping! Hehe. Nasib baik suami pun sekepala dan suka je bawa bekal dari rumah.

Contoh hidangan bekalan kami:

Utk sarapan - ringkas sahaja seperti sandwich atau cekodok/kuih. Mihun goreng pun sedap. Bekalan buah pun saya potong siap2.

Utk lunch - biasanya nasi lemak atau nasi dengan lauk yg ringkas dan kurang berkuah. Contoh ayam kicap/ayam panggang dan sayur goreng.

Air masak secukupnya jangan lupa.

Selain tu saya bawa juga air kotak, roti, biskut dari rumah utk kudapan anak.

Seronok bawak tupperware tingkat tu dan makan di hotel. Ala-ala piknik gitu. Yang penting masakan dimasak dengan kasih sayang, sedap tak sedap belakang kira.

Gambar ni diambil bulan lepas nak pergi jogging dan bersenam di taman Presint Diplomatik sambil picnic di wakaf.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...