Assalamualaikum..
2 minggu lepas, saya hadir ke Away Day Division Office Saya di Avani Resort, Sepang. Cantik tempat tu, chalet atas air. Sesuai untuk bawa family. Tapi sebab atas urusan kerja saya tak dapatlah bawa family, takpelah lepas ni kita pergi ya..
Apa yg nak saya kongsikan adalah 2 benda yg saya belajar semasa Away Day. Aktiviti hari pertama ala2 team building.
1. Disagree But Commit
Pernah kan dalam kehidupan harian kita, kita tak bersetuju dgn sesuatu perkara, tak kiralah dgn pasangan atau bos. Bila konflik berlaku apa tindakkan kita?
Bantah dan tidak melakukan seperti diminta?
Atau ya..kita tak setuju, kita ada pendapat sendiri tapi kita tahu kita terikat dgn objektif syarikat atau kita bekerja dlm satu kumpulan. Kerjasama suami isteri pun dalam satu kumpulan kan?
Konflik atau tak bersependapat tu bagus sebenarnya. Sebab kita saling berhujah cara mana yg lebih baik. Penghujungnya kita tahu kita mesti mencapai matlamat yg satu. Sebab tu dlm kumpulan walaupun ada konflik awalnya tp setiap ahli pasukan berbincang cara mana yg bagus dan perlu bergerak ke arah target yg satu. Bukan lari dari komitmen.
2. Sacrifice or Investment?
Kalau org minta pertolongan, kita akan gembira utk membantu kan? Kalau kali ke2 agak2 suka lagi tak nak tolong? Kali ke3? Berbaloi ke apa yg kita tolong?
Kenapa ya? Mungkin sebab kita rasa kita perlu dapat balasan atas pertolongan dulu?
Cth lain mungkin saya boleh kaitkan dengan biz Shaklee saya. Tidur lewat study produk atau tulis blog, belanja utk promosi, atau kurang masa tengok tv. Itu pengorbanan atau pelaburan? Kalau pengorbanan kita mungkin rasa penat jika tak dapat pulangan, tapi kalau kita buat sesuatu dengan objektif ini adalah pelaburan aku utk masa depan yg cerah, pahala lebih dapat 'memberi' tentu kita tak rasa sia2 kan apa yg kita buat sekarang? So sekarang ni, kita nak anggap kerja yg kita buat ni pengorbanan atau pelaburan?. Tentu nak anggap sebagai saham
Dua benda ni memang melekat dalam fikiran saya balik tu. Semoga saya dapat amalkan dan berubah jadi yg lebih baik dari sebelumnya. Semoga anda juga dapat manfaat atas apa yg saya kongsikan.
No comments:
Post a Comment