Tuesday, September 30, 2014

Mengantuk Lepas Makan

Selamat petang..

Biasa lepas lunch mesti mengantuk kan? Terutama masa kerja. Kenapa ya? Lepas minum teh tarik baru segar biji mata. Teh tarik kerap sangat pun bahaya sebab manis.

Kenapa mudah mengantuk, malas selepas makan?

Salah satu sebabnya adalah berkaitan proses penghadaman. Selepas makan, otak akan menghantar isyarat untuk menukarkan tenaga dari makanan kepada proses pencernaan dan aktiviti badan lain. Semakin banyak makan, lagi banyak tenaga yg diperlukan sehingga mengganggu fokus.

Lagi satu, kekurangan zat besi juga mengakibatkan mudah letih tanpa sebab. Maka, elok ambil sayur bayam semasa majan tengahari untuk elakkan letih.

Apa yg boleh kita lakukan untuk elakkan mengantuk?

+ berjalan sebentar sama ada ke tandas atau pantry. Lagi elok jika terus solat zuhur bila tiba waktu

+ kurangkan makanan manis

+ di meja kerja memang saya standby vitamin B Complex dan Vitalea dengan zat besi. Lepas makan elok ambil 2 vitamin ni untuk membantu proses penukaran tenaga lebih lancar.

Semoga kita lebih produktif di tempat kerja

Monday, September 29, 2014

Sempat tak??

Assalamualaikum semua..Selamat pagi..

Dah lama saya buat congak. Berapa jam yg ibu bekerja ada setiap hari bersama keluarga? Contohnya saya:

Sampai rumah pukul 7pm
Masak, solat, mandi
Monitor kerja sekolah anak, basuh pinggan, lipat baju, basuh baju.
Siapkan beg/baju utk sekolah
Tidur dalam pukul 12am

Itulah masa yg saya ada bersama keluarga. Alhamdulillah suami bekerjasama, kerja rumah bahagi dua.

Kalau ibu buat part time biz macam mana?

Anak dah tidur antara pukul 10pm ke atas itulah masa yg dicuri nak packaging order, update sharing, study product..hmm, penat sekarang, senang kemudian..

Bagaimana anda uruskan masa 4 jam yg ada bersama keluarga ya? Boleh kongsikan bersama..

Anggur hebat Muscadine Dalam Vivix

Sejarah Anggur Muscadine

Suka makan anggur? Anggur yang ini istimewa sedikit dari segi khasiat, saiz & struktur genetiknya. Anggur Muscadine tumbuh semulajadi di tempat yang panas dan lembap. Ini berlainan dengan anggur lain yang memerlukan tempat sejuk dan dingin.

Anggur muscadine mempunyai kulit yang keras dan tebal, berbeza dengan anggur biasa yang berkuli lembut dan nipis.




Fakta menarik tentang  anggur liar ini:

 ~ Lebih 1 kromosom (20) berbanding anggur biasa yang mempunyai 19 kromosom

 ~ Didapati secara semulajadi di selatan US

 ~ Bersaiz besar, boleh mencapai saiz buah plum/bola golf

 ~ Awalnya berwarna gangsa, bertukar menjadi ungu gelap & hitam bila buahnya masak

Kelebihan Anggur Muscadine

Kandungan Anggur muscadine dlm VIVIX yang kaya dgn phyto-nutrient yg bertindak sebagai antioksida, agen anti-inflmasi yg mengurangkan risiko penyakit kronik & mengekalkan kesihatan keseluruhan badan. Selain itu, ia kaya dgn antioksida, resvetrol & polifenol yg tinggi. Ciri - ciri yg menghentikan kimia penyebab kanser, anti virus, anti bakteria & baik utk anti penuaan selular.


Kelebihan lain:


  • Mengurangkan stress oxidatif terhadap jantung & kesihatan darah
  • Mengurangkan inflamasi (bengkak) pada pembuluh darah & seterusnya mengurangkan pembentukkan plak atherosclerotic
  • Mengekalkan kecairan darah untuk tekanan darah yg normal & melindungi pembekuan darah.
  • Mengurangkan sindrom metabolik
  • Mengawal kosentrasi glukosa dlm darah
  • Mengurangkan kerosakkan metabolic mata
  • Menghalang pembentukkan protein AGE yg merosakkan tahap selular sel


Mana nak dapat kandungan Anggur Muscadine? Ada di dalam sirap Vivix Shaklee. Ramuan VIVIX adalah 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine).




Untuk keterangan lanjut mengenai VIVIX, hubungi:

Atirah Mohd Saim | 013-3445124
SID 886787
COD Area Bangi/Kajang/Jalan Tun Razak KL

Sunday, September 28, 2014

Toksin Di Dalam Minyak Ikan

Bahaya memakan suplemen minyak ikan?

Antara isu-isu yang perlu diberi perhatian tentang suplemen minyak ikan adalah kandungan toksin dan tahap merkurinya  terutama bagi ibu yang mengandung dan menyusu. 



Sebelum membeli, baca label dengan teliti utk mengetahui ujian yg telah dilakukan terhadap produk. Periksa jenis-jenis ikan yang diekstrak untuk mendapatkan  minyaknya. Ikan seperti tuna,sardine,herring & anchovies  antara yg mempunyai level merkuri yg rendah. 

Jika merkuri ada di dlm susu ibu, ini boleh mengganggu perkembangan system saraf bayi yg menyusu.

Berita baiknya  Shaklee Omega Guard diekstrak dari air laut sejuk di perairan jepun dan bukan dari hati minyak ikan. Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini. Proses Penyulingan Proprietari 3 molekul digunakan untuk menyingkirkan bahan berbahaya seperti merkuri, plumbum dan arsenik dalam mengekstrak asid lemak omega3 yang paling tulen dan natural. 

Ini menjadikan produknya standing dengan harga dan kualitinya.


Menukar jenama boleh mengubah hidup anda.

Info Produk: CoQ10 Dalam Senarai Suplemen Kecantikkan Shaklee

Sebelum ini kita ada pilihan untuk set suplemen penjagaan dalaman bagi kulit yang cantik iaitu Vitamin B Complex, Vitamin C, Vitamin E dan ESP untuk kulit gebu dan anjal. Atau untuk hasil lagi cepat dan kulit remaja semula boleh pilih Shaklee Collagen Powder atau Vivix.

Kini ada satu lagi suplemen yang dikaitkan dengan kecantikkan kulit iaitu CoQ Health Plus. Sifat ko-enzim CoQ10 yang tinggi dengan antioksida menjadikannya mampu menapis radikal bebas terutama dari sinaran UV. Oleh itu tidak hairanlah mengapa kebanyakkan krim muka di pasaran mengandungi bahan CoQ10.

Disebabkan manfaat utama CoQ10 dalam meningkatkan kesihatan jantung, bila jantung mengepam darah dengan lancar, maka oksigen dan nutrient dapat dibekalkan dengan sempurna sekaligus memberikan wajah yang sihat dan berseri. Tiada lagi muka kusam, pucat dan lesu dengan CoQ Health Plus!


Kini tidak perlu lagi pakai sunblock keluar rumah.  Kalau krim hanya untuk perlindungan muka tetapi dengan pengambilan CoQ Health Plus itu sendiri melindungi seluruh kulit dari pancaran UV. Bonus tambahan kerana kombinasi  CoQ Health Plus bersama Vitamin E yang bagus untuk mengurangkan kedutan, jeragat dan parut jerawat.


Untuk pesanan, hubungi:
Atirah Mohd Saim| 013-34455124
SID 886787
COD Area Kajang/Bangi/Jalan Tun Razak KL

Saturday, September 27, 2014

Apa Yang Best Dimakan Di Kala Hujan??

Assalamualaikum..

Keletihan balik dari family day office masih bersisa. Hajat nak keluar beli lauk dan barang kering di pasar malam untuk stok seminggu tapi sebab hujan dibatalkan sahaja.

Sudahnya suami ajak makan di luar lepas maghrib tadi. Fikir-fikir nak makan apa, tiba-tiba teringat steamboat. Sejuk-sejuk ni makan benda panas sedap juga. Maka kami menuju ke Restoran Sizzling Grill & Steamboat Antarabangsa di seksyen 9 BBB. Bersebelahan Wong Solo.

Kedai kecil tapi lengkap dengan seafood, steamboat, nasi goreng cina & mee, sayuran dan dessert. Anak-anak memang suka  seafood, terutama ketam. Kami pilih sup tomyam.

Keseluruhannya, sup sedap dan banyak pilihan bahan steamboat, harga berpatutan dan servis pantas.

Maaf tiada gambar sebab hp kami habis bateri hehe.

Teringat dulu biras saya ajar buat sendiri steamboat di kampung, makan beramai-ramai memang seronok. Lain kali boleh buat steamboat sendiri di rumah. Lebih jimat dan puas makan seafood yang kita suka.

Tapi awas seafood antara yang tinggi kolestrol, jangan kerap sangat. Untuk yang sukakan steamboat tapi ada masalah resdung, insyaAllah set resdung dari Shaklee  boleh membantu.

Alfalfa untuk detoksifikasi & anti radang
Vitamin C & Nutriferon untuk menguatkan sistem imun
Garlic untuk antibodi semulajadi

Selamat berhujung minggu!

Friday, September 26, 2014

Berat Naik Lepas Menyusu?

Assalamualaikum..







Terpanggil nak cerita pasal ni sebab saya perasan berat badan memang naik sekarang!

Saya dulu memang dalam kategori kurus. Dengan tinggi 158cm, berat badan tak pernah lebih 50kg kecuali mengandung memang cecah 63kg. Selepas bersalin dan menyusu badan, berat kembali pada asal selepas 3 bulan. Bukan nak bangga diri, mungkin badan saya jenis senang turun walau kita memang makan banyakkk masa menyusu tu..Dan saya yakin ramai ibu-ibu di luar sana pun percaya yg menyusu boleh membantu membuang lemak dan mengempiskan perut. :)

Tapi tu dulu. Sekarang anak bongsu dah 4 tahun. Ini bermakna dah 2 tahun saya berhenti menyusu. Bila berhenti menyusu, ritma makan saya masih sama..makan dan makan..Akhirnya tanpa sedar baru perasan seluar tak muat dan baju sendat. Dan bila angka 54kg baru saya tersedar. Saya tiada alat penimbang berat, tu yg tak monitor berat sendiri.

Kenapa jadi begitu? Berdasarkan pemerhatian saya:

1. Masa menyusu kita bakar kalori antara 300-500 setiap hari. Banyak kan? Sebab tu i love breastfeeding so muchhh!!

2. Saya tak jaga pemakanan. Makan sama seperti dulu. Kalori yg diperlukan ibu menyusu adalah puratanya 1,500 berbanding 1,200 untuk individu biasa.



*Gambar kartun ihsan google*


3. Makin tua, metabolisme badan tak setinggi dahulu. Tiada lagi makan banyak tapi maintain berat

4. Tak bersenam! Bersenam tapi tak cukup!

5. Makan lewat malam

So bila saya dah kenalpasti masalah saya, saya kenalah :

1. Jaga makan (sesenduk nasi time lunch dan dinner tp sangat terseksa. Pukul 3pm dah cari kuih hehe).

2. Bersenam (ya, saya cuba jogging seminggu sekali..tapi buat kerja rumah pun satu cara membakar kalori kan!)

3. Ambil suplemen. Dulu saya pandai je nasihat cust utk set diet tanpa pengalaman makan. Tapi bila kita hadapi sendiri, baru kita tahu cara yg betul. Sekarang, saya sendiri ambil set pengawalan berat badan Shaklee iaitu Alfalfa, Omega dan ESP.

Disiplin memang kunci utama. Disiplin makan, disiplin senaman. Bila usia dah makin meningkat, memang risau kalau ada penyakit yg tersembunyi.

Saya baru 51kg, turun 3kg dalam masa 2 bulan lebih. Target untuk 48kg. Memang lambat, tapi yg penting selamat dan konsisten. Caiyokk!!

Sehingga berjumpa lagi.




Wednesday, September 24, 2014

Penat Dan Kelam Kabut Jadi Ibu Bekerja

Assalamualaikum semua..

Hari ni tiba-tiba nak sentuh tajuk ni. Kebetulan saya dapat gambar ni dari group whatsapp UKM..disebabkan kebanyakkan dari kami bekerja dan tiada pembantu, maka kami berkongsi perasaan yang sama. Penat, letih, tak cukup masa memang antara perasaan biasa yg dialami oleh ibu-ibu yg bekerja.

Seawal 7 pagi keluar rumah, mengharapkan anak yg ditinggalkan dalam keadaan yang baik dijaga pengasuh mahupun di sekolah.

Pulang jam 7 malam menyinsing lengan untuk menyiapkan makam malam dan kerja-kerja rumah lain sambil menguruskan anak. Yang mempunyai bibik alhamdulillah, yang tiada mengharapkan belas ihsan suami untuk saling berganding bahu. Kalau suami outstation memang kelam kabut lah nak uruskan sendiri.

Pernah tak baca satu surat yg diviralkan di internet suatu ketika dulu. Surat yg berkisar luahan hati seorang surirumah tentang bagaimana dia menghargai pengorbanan ibu yg bekerja dan dibalas oleh surat ibu bekerja yg menyanjungi peranan ibu suri rumah.

Walauapapun pilihan kita bekerja atau tidak, saya salute semua ibu yg berkorban masa dan tenaga demi tanggungjawab untuk suami, anak dan keluarga.

Teringat zikir yg diajar oleh nabi Muhammad s.a.w kepada anakandanya Fatimah yang mengadu keletihan menguruskan rumahtangga dan inginkan pembantu. Takbir 34x, tasbih 33x dan tahmid 33x.


Semoga menjadi peringatan buat saya sendiri. 

Alhamdulillah dulu saya dan suami berjauhan selama setahun lebih atas urusan kerja. Dia di Sabah dan saya di Bangi dengan anak-anak. Disebabkan keletihan menguruskan sendiri dan anak sering masuk hospital, saya perlukan suplemen tambahan untuk keluarga sehinggalah berkenalan dengan Shaklee. Dan alhamdulillah berkesan buat kami.

Bonus tambahan dapat menjadi sebahagian dari keluarga Shaklee di bawah group Jutaean yang turut mengajar pengurusan masa yg baik.


Mahu menjadi sebahagian dari keluarga Shaklee kami?


Jangan segan untuk hubungi saya:

Atirah| 013-3445124

Tuesday, September 23, 2014

Tips Atasi Cirit Birit

Baru-baru ni anak saya yang sulung mengalami cirit birit. Tak pasti dari mana kena, mungkin sebab malam tu kami makan luar.

Mula-mula malam tu dia kejutkan saya katanya sakit perut, 2 kali ke tandas dan muntah selepas itu.

Di klinik pagi tu doktor macam biasa bagi air garam dan smecta.

Bila dah sorang kene cirit birit kemungkinan menjangkit akan ada. Apa yg saya buat:

✔ Pastikan semua ahli keluarga cuci tangan dengan kerap terutama sebelum makan
✔ Saya elakkan makanan yg dipanas semula takut ada bakteria. Masak yg panas seperti bubur dan sup
✔Basuh tandas dengan kerap terutama selepas anak sulung tu membuang. Pakai clorox
✔Asingkan membasuh pakaian yg sudah terkena najis dan muntah
✔Disebabkan anak sulung tak mahu ubat doktor, saya beri Performance Drink untuk pastikan dia minum dengan kerap dan mineral dalam badan tak terjejas.

Alhamdulillah dia sembuh sepenuhnya dalam masa 2 hari. 2 hari tu memang laku Performance Drink. Letak dalam botol minuman dia dan pastikan dia minum sedikit tapi kerap. Lepas sembuh baru ada balik selera makan, dahlah badan kurus cekeding hehe.

Untuk yg tertanya-tanya apa itu Performance Drink, beginilah rupanya. Memang standby 1 tong di rumah. Pengganti 100+ tapi lagi bagus sebab kurang gula, tidak bergas

Monday, September 22, 2014

Tongkeng Ayam

Assalamualaikum w.b.t

Malam ni free sikit sambil belek-belek majalah iSihat terbaru bulan Oct14..ada artikel pemakanan tentang Tongkeng Ayam haha..

Mat Salleh panggil 'chicken tail', kadang orang kita panggil 'buntut ayam'.

Selalu saya memang buang bahagian ni, cuma leher ayam kadang saya simpan untuk buat sup.

Kenapa orang suka sangat dengan tongkeng ayam ni? Mungkin sebab ia antara bahagian paling berlemak dan ada 'feel' bila menikmatinya..

Tapi tahukah anda yang bahagian ini mempunyai kolestrol yg paling tinggi?

Taburan komposisi lemak banyak terdapat pada bahagian tongkeng, paha, kepak dan betis ayam. Bahagian tongkeng sahaja mengandungi 300mg kolestrol, sedangkan Persatuan Jantung Amerika Syarikat mencadangkan pengambilan kolestrol tidak lebih 300mg setiap hari.

Walaubagaimanapun jika anda mengalami masalah anemia, bahagian organ dalaman antara yang boleh diambil.

Saya akan update dalam entry berikutnya tentang bahaya kolestrol tinggi dalam badan.

Juga tentang cadangan pengambilan suplemen untuk mengelak kolestrol dan menurunkan paras kolestrol yang tinggi.

Stay tune!

Untuk anak-anak atau adik kita yg belum kenal bahagian tongkeng, ini imej yang saya ambil dari google

Sunday, September 21, 2014

Sarapan Ringkas

Pagi ni saya bangun awal untuk bersahur. Pilihan saya mestilah segelas susu bersama ESP. Pantas, berkhasiat dan semestinya kenyang sampai berbuka.

Sebab hari ni hari pertama persekolahan, memang kelam kabut walaupun dah buat persiapan awal malam tadi. Saya perlu keluar awal sebab pagi Isnin jalan memang sesak teruk. Dalam kepala dah fikir nak breakfast apa ye untuk anak-anak..

Sudahnya saya goreng keria lebihan buat semalam. Pisang berangan ada 5 biji yg lembik boleh buat cekodok. 15 minit dah siap atas meja.

Anak-anak makan tanpa banyak soal. Pagi mereka biasanya mereka gemar susu dabn dimakan dengan cereal atau bancuh dengan MealShakes. Roti hari-hari memang boring dah.

Anak-anak anda jika cerewet sarapan boleh bancuhkan MealShakes waktu pagi untuk kekal fokus di sekolah.

Inilah rupanya cekodok pisang. Kurang indah rupanya tetapi sodap!! Kuih keria awal-awal lagi mereka habiskan.

Selamat memulakan persekolahan anak-anak semua

Masa Berkualiti Bersama Anak-anak

Cerita malam tadi..

Anak saya yang kecil, Aufa masih tidur dengan kami walaupun dah ada bilik sendiri..cuma kami letakkan single bed sebelah katil kami..

Sebab pagi ni dah start sekolah..malam tadi kami cerita ceriti sepanjang cuti sekolah seminggu ni apa yg dah Aufa buat. Seronok berbual dengannya, petah walaupun baru 4 tahun. Beza anak perempuan kan..

Masa tu memang rasa bonding sungguh! Bercerita sampailah dia nak tidur sempat baca surah Al-Fatihah, An-nas, Al-Falaq & Al-Ahad bersama.

Ohh saya rindukan saat2 begitu. Huhu..walaupun singkat saya percaya itu antara kualiti masa berdua yang terbaik bersama. Sempat buat 'akujanji' yang saya akan kurangkan tengok hp dan Aufa pun akan kurangkan tengok youtube!

Antara impian saya nak lebih masa bersama anak-anak sebab bila ibu bekerja fahamlah kekangan masa yang kami hadapi..

Itu antara impian saya dan langkah pertama saya adalah dengan memulakan biz bersama Shaklee..

Anda bagaimana ya?

Saturday, September 20, 2014

Jom Buat Workout!!

Assalamualaikum w.b.t

Petang hujung minggu ingat nak jogging di padang stadium Seksyen 15 Bbb..tapi sebab hujan kita buat workout di rumah saja lah ye..

Panduan workout saya ambil dari majalah iSihat ruangan dariGim.

Best juga buat sebab ada personal instructor iaitu suami saya hehe. Buat secara berjemaah.

Mula-mula buat memang sakit badan kaki. Buat 8x untuk setiap jenis senaman. Lepas ni badan dah lembut bolehlah tingkatkan ke 15x ke..Saya suka senaman yg fokus part perut dan peha. Orang perempuan memang part ni susah nak turunkan

Oh ya..kawan pun ada forwardkan panduan workout untuk muslimah di rumah. Boleh cuba yang ni juga.

Selamat workout di hujung minggu. Hujan, jerebu atau panas bukan alasan lagilah selepas ni :)

Tambahkan Kolagen Dalam Badan Dengan Pengambilan Makanan Yang Betul

Kolagen Oh Kolagen - Penting ke?

Kolagen dan kecantikkan tidak dapat dipisahkan. Dulu waktu muda remaja kita mungkin tak ambil berat tentang kehadiran kolagen. Tapi bila dah lepas 30an, dah mula risau tentang kehilangan kolagen yang sering dikaitkan dengan kulit kendur sana sini. Ohh takutnya!!

Apa itu kolagen?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kolagen berasal dari perkataan Greek iaitu:

kolla yang bermaksud gam
-gen yang bermaksud - penghasilan

Fungsinya adalah memberi kekuatan dan keanjalan kepada tisu penyokong umpama gam yang melekat dan memegang kesemua benda dan seterusnya pergi ke arah organ-organ yang memerlukan seperti kulit, sendi, otot

Bagaimana jika kurang kolagen dalam badan?

Badan kita boleh menghasilkan kolagen sendiri. Tetapi kolagen makin kurang dihasilkan seiring peningkatan usia. Makin tua, makin kurang kolagen dihasilkan oleh badan dan kulit hilang kelembapan dan kurang elastik. Bila kolagen mula berkurangan, gam akan kurang melekat dan boleh menyebabkan kulit kendur, kesakitan sendi dan kecenderungan terhadap kerapuhan tulang.

Adakah cara untuk top up kolagen dalam badan?

Asid Amino
Agen membina dan menghasilkan protein termasuk kolagen adalah asid amino. Kekurangan asid amino boleh menghalang penghasilan kolagen. Disebabkan badan tidak boleh menghasilkan kolagen, sila dpatkan dari sumber makanan yang tinggi protein seperti kekacang termasuk kacang soya, ayam dan daging, susu dan telur.

Untuk suplemen tambahan, anda boleh dapatkan Energizing Soy Protein dari Shaklee yang tinggi kadungan 9 amino asid penting dan kacang soya yang digunakan bebas dari GMO.

Vitamin C
Pengambilan Vitamin C adalah salah satu cara terbaik untuk menghasilkan kolagen dalam badan. Banyakkan pengambilan buah dan sayuran untuk bekalan Vitamin C yang cukup. Buah-buahan sitrus seperti oren dan lemon juga tinggi antioksida yang meneutralkan  radikal bebas dari membuat kerosakkan terhadap kulit. Rose Hip juga salah satu ektrak tumbuhan yang kaya dengan sumber kolagen.

Untuk suplemen tambahan, Shaklee Sustain Release Vitamin C dengan kandungan 500mg Vitamin C dan pelepasan ke dlam darah secara perlahan megikut keperluan tubuh.



Asid Lemak Omega
Membantu mencipta persekitaran yang ideal untuk penghasilan kolagen. Ikan seperti salmon dan tuna adalah sumber terbaik untuk asid lemak Omega3. Jika anda kurang mengambil ikan dari sumber laut dalam, suplemen yang dicadangkan adalah Omega Guard yang tinggi kandungan EPA dan DHA.


Di antara Suplemen Kolagen dan Krim Kolagen

Shaklee Collagen Powder adalah suplemen kolagen premium yang mengandungi 4,000mg Kolagen RSS iaitu dari sumber Sisik Ikan Merah. Berat molekul kolagennya agak rendah sekitar 1,000 Dalton untuk memudahkan penyerapan dalam tubuh dan membantu sintesis kolagen pada lapisan kulit dengan berkesan.



Krim kolagen boleh membantu tekstur kulit yang lebih baik untuk jangka pendek, tetapi matlamat sebenar adalah untuk memberi stimulasi pada badan untuk menghasilkan kolagen. Krim anti penuaan dengan kolagen dikatakan agak kurang berkesan kerana saiz molekulnya yang terlalu besar untuk diserap oleh kulit.


Ingat Rule of Thumb dalam memilih kolagen iaitu biarlah size molekul kolagen halus dan kecil. Anda boleh membuat ujian terhadap Shaklee Collagen Powder di rumah. Ujian air digunakan untuk memastikan penyerapan produk nutrisi. Ambil sepeket SCP dan letakkan di dalam segelas air. Perhatikan serbuk kolagen tersebut akan larut dalam air untuk tempoh kurang 20 saat. 


Untuk konsultansi lanjut dan PERCUMA, hubungi:

Atirah SID 886787| 013-344 5124
FB: Atirah Binti Mohamed
COD area Bangi, Kajang dan Jalan Tun Razak KL

Tuesday, September 16, 2014

Tips Sihat Ketika Bercuti

Anak Sihat, Mama Ceria bila bercuti

Horeeiii!!! Musim cuti sekolah datang lagi. Ibu bapa yang dah siap merancang nak pergi mana cuti ni pun sama gembira dengan anak-anak. Sekarang hotel atau tiket pengangkutan (jika gunakan pengangkutan awam) perlu dirancang seawall mungkin untuk keselesaan dan takut tiada kekosongan
Biasa bab packing baju, mak lah yang paling sibuk. Kalau boleh satu rumah nak angkut, tapi oppsss kalau naik AirAsia sila awasi berat beg kalau tidak mahu bayar lebih. Dan sila agihkan satu bahagian dalam beg ye untuk diisi suplemen. Hah! Suplemen apa nak isi nanti saya cerita

Ok. Kesihatan dan mood anak-anak paling penting kalau bercuti sebab bila anak tak sihat automatik agenda percutian akan ditukar atau kita pun tak ceria sebab anak-anak sakit. Ini tips yang saya amalkan untuk pastikan kesihatan anak-anak tip top waktu bercuti.

1. Ubat-ubatan yang perlu di bawa adalah paracetamol untuk demam atau jika anak ada masalah kesihatan lain seperti lelah sila sediakan puff dan ubatan yang perlu

2.  Bekalan air masak yang mencukupi. Jika duduk di hotel atau tempat yang diragui kebersihan airnya, anda boleh dapatkan set Get Clean Water Pitcher seperti gambar di bawah. Jimat bekalan air mineral yang perlu dibeli, senang di bawa dan tidak memerlukan punca kuasa elektrik. Hanya tuang air paip dan jug akan menapis kotoran dan bakteria dalam air sebelum selamat di minum.





Set Get Clean Water Pitcher ni antara wish list saya untuk tahun ini.


3. Sebab saya amalkan suplemen Shaklee untuk keluarga, maka senarai suplemen yang praktikal untuk kami bawa adalah seperti berikut:

Cadangan Untuk anak-anak

MealShakes
Sangat bagus sebagai snek dan alas perut. Biasa bila berjalan jadual makan akan lari sedikit. Atau selepas habis berenang di kolam tentu anak kelaparan di hotel. Sementara nak tunggu bersiap untuk makan, saya bancuh MealShakes dengan susu.

Omega Guard
Berguna jika anak tiba-tiba ada batuk dan kahak kerana ia membantu mencairkan kahak.


Vitamin C Chewable
Untuk ketahanan sistem imun dan mencegah jangkitan terutama jika melancong ke tempat yang mudah terdedah dengan wabak jangkitan. Selalu pun saya kongsi vitamin C anak-anak sebab malas nak bawa yang Sustain Release Vitamin C untuk dewasa


Krim Herbal Blend
Berguna jika ada ruam akibat cuaca panas atau gatal-gatal dan bengkak. Krim ni mempunyai pelbagai guna, bagus juga untuk mak yang mengalami rekahan pada tumit kaki.


Cadangan Untuk Mak dan Ayah

Nutriwhite Ultimate Whitening Protection Krim dan Vitamin 
Untuk perlindung kulit dari sinaran matahari dengan krim ini. Bagus sebab ada SPF15. Takdelah risau kulit gelap bila berjemur kan. Lagi satu elok amalakn Vitamin E dari awal sebab ia bagus untuk antioksida dan sebagai  pelindung dalam melawan radikal bebas dari sinaran UV


Multivitamin Vitalea
Bagus untuk penambah tenaga dan top up nutrient yang kurang dengan dalam diet. Biasa buah mesti kurang makan kan bila bercuti hihi. 


Alfalfa
Bagus terutama untuk pelawasan dan yang ada alergi. Nak-nak jika bercuti ke pulau, target mesti nak makan makanan laut. Alfalfa membantu detoksifikasi dan mengurangkan simptom alahan seperti gatal-gatal hidung.

Ostematrix
Bila bercuti mesti banyak berjalan. Bila banyak berjalan mesti lenguh kaki dan otot lain. Masa ni Mr Ostematrix sangat membantu sebagai sumber kalsium dan magnesium untuk elak kekejangan. Dan lagi satu bagus juga untuk kualiti tidur yang baik walaupun kuantiti kurang. Barulah bangun pagi  rasa segar untuk aktiviti lain dan pelawasan tiada masalah.


Nutriferon
Yang ni wajib saya bawa sebagai first aid saya terutama jika demam sebab ia meransang pengeluaran interferon secara semulajadi untuk melawan jangkitan. Ala-ala panadol juga untuk pencegahan dan boleh dikongsi ibu & anak


Performance Drink
Jika bercuti dengan memandu kenderaan, saya memang akan bawa dan bancuh untuk bekalan minuman si pembawa kereta. Ini minuman isotonik untuk penggalak tenaga dan mencegah dehidrasi tetapi tiada gas dan kurang gula


Cara Pembungkusan

Macam banyak je suplemen yang saya bawa kan? Saya tak bawa botol besar nanti makan ruang bag. Apa yang saya buat adalah untuk suplemen berbentuk tablet atau kapsul, saya asingkan untuk bekalan 4 hari contohnya dan  letak dalam pill box kecil macam ni.


Untuk suplemen yang berbentuk serbuk seperti MealShakes dan Performance Drink, saya masukkan dalam 5-6 sudu ke dalam bekas kecil Tupperware yang bertutup rapat berserta scoop.

Untuk nutriferon tiada masalah sebab dalam bentuk stick yang mudah di bawa.


Okey. Selamat bercuti. Rancang percutian anda dengan baik. Walau dekat atau jauh, percutian murah atau mahal, yang penting adalah kualiti masa yang dihabiskan dengan keluarga tersayang

Sunday, September 14, 2014

Suplemen Untuk Pemakai Braces

Senyum Lebar Si Pemakai Braces.

Pemakaian braces atau pendakap gigi semakin popular sekarang. Tujuan utamanya adalah untuk memperbaiki susunan gigi agar lebih teratur bagi tujuan meningkatkan keyakinan diri si pemakai, memudahkan proses menggigit, menghancur dan menghadam makanan. Dan penting untuk menyerlahkan senyuman yang cantik!

Dahulu gigi saya mempunyai masalah gigi berlapis atas dan bawah. Keturunan barangkali sebab atuk, pakcik, sepupu dan adik-beradik pun mempunyai masalah yang sama. Orang kata gigi berlapis ni 'pemanis', tapi susah juga sebab nak bersihkan gigi jadi sukar terutama di celah belakang gusi yang berlapis. Setiap kali buat scalling, doktor nasihatkan benda yang sama agar memakai braces. Kemuncaknya semasa mengandung anak ketiga, sebatang gigi depan saya patah separuh dan buat tampalan sementara. Tapi ia tak bertahan lama, selepas lahirkan anak doktor nasihatkan saya membuat rawatan braces. Halangan masa tu saya sangat takut untuk cabut gigi! Gigi yang sihat pulak yu! Lagi satu memanglah kita segan nak pakai braces tua-tua ni dan fikirkan kos sekarang yang cecah 6-7k!. Tapi sebabkan gigi dah patah dan alang-alang cabut nanti rongak baiklah saya pakai braces untuk susunkan gigi.

Pengalaman saya memakai braces untuk tempoh 2 tahun 3 bulan sejak 2013 dan kini dalam proses pemakaian retainer untuk tempoh 3 bulan pula. Saya buat di klinik Qaseh Dental Seksyen 8 Bdr Baru Bangi. Staff dan dentist memang best & pakar di situ. Anggaran kos yang terlibat adalah RM7k++, bayaran melalui ansuran sepanjang tempoh 2 tahun.


Gambar selfie hari pertama pakai braces terus senyum lebar! Saya yang bertudung coklat :)

Antara pengalaman 'sedih' sepanjang memakai braces

1. Gigi dicabut 4 batang!
2. Gigi ngilu & gusi mudah bengkak semasa proses gigi 'bergerak'
3. Ulser mulut. Ooh yang ni memang menyakitkan. Tiada selera makan, nak cakap pun malas. Kenapa terjadi ulser? Sebab ada bendasing dalam mulut, maka berlaku tindakbalas dengan air liur.

Pastikan anda mendapat nutrien yang diperlulan semasa pemakaian braces. Gigi yang bersih dan sihat akan memberikan respon positif di dalam rawatan.

Tips saya untuk redakan keadaan di atas.

1. Tak dinafikan air yang cukup sebanyak 2-3 liter sehari memang penting terutama bila ada ulser.

2. Setiap kali selepas mencabut gigi atau selesai mengetatkan gigi memang tak selera makan. Makan bubur atau benda yg lembut dan mudah dikunyah. Ooh aiskrim memang teman setia masa ni. Haha alasan!

3. Gosok gigi setiap kali selepas makan dan gunakan floss khas. Saya tak berapa rajin sebab susah juga nak capai terutama bahagian sukar tapi memang kena leterlah dengan dentist.

4. Sebab saya pengedar Shaklee, mestilah saya cari produk Shaklee! Antara suplemen yang saya gunakan adalah:

A. Vitamin B Complex
Berguna kerana ia membantu mengurangkan terjadinya ulser. Kekurangan asid folik, vitamin B1, B6 dan B12 juga boleh menyebabkan ulser. Selain itu elakkan stress sebab stress juga salah satu punca munculnya ulser. Anda yang sering stress elok ambil vitamin B Complex ya untuk kesihatan saraf.

Tahukah anda, vitamin B Complex dari Shaklee lengkap dengan 8 jenis vitamin B dan asid folic?.

B. Vitamin C
Untuk mengurangkan inflami dan gusi  bengkak serta berdarah dan mempercepatkan pemulihan luka.
Sebiji tablet Sustain Release vitamin C bersamaan dengan memakan 7 biji oren! Teknologi pelepasan berperingkatnya memastikan 100mg vitamin C dilepaskan dalam darah setiap jam untuk 5 jam mengikut keperluan tubuh.

C. Vitamin E Complex
Bagus untuk mengecutkan pertumbuhan abnormal dan melancarkan saraf. Jika sakit gigi atau gusi, saya akan telang 2biji dan insyaAllah sakit cepat hilang

D. Nutriferon
Saya gunakan sebagai pengganti paracetamol ketika demam dan penahan sakit. Ia juga membantu menguatkan sistem imun untuk mengelakkan serangan ulser terutamanya.

E. Ostematrix
Kalsium menguatkan gigi dan menghalang kerosakkan gigi. Mineral magnesium pula membantu pembentukkan rahang yang sihat.


Anda juga mempunyai masalah si atas seperti saya dan ingin konsultansi percuma untuk produk Shaklee? 

Hubungi saya:
Atirah Mohd Saim| 013-344 5124
SID 886787
Fb: atirah binti mohamed

Wednesday, September 3, 2014

Lactobasilus Acidophilus - Usus sihat dengan Shaklee Collagen

Kulit Cantik, Usus Sihat dengan Shaklee Collagen Powder (SCP)

Biasa dengar SCP kan? Kolagen premium dari Shaklee. Bahan utama dalam SCP adalah sisik ikan merah. Selain itu ada 6 bahan utama lain antaranya adalah Lactobasilus Acidophilus. Entry kali ini akan berecrita tentang bakteria baik ini dengan lebih lanjut.

Apa itu Lactobasilus Acidophilus?

Sejenis bakteria baik yang membantu melawan jangkitan dan penyakit. Kehadirannya membantu untuk mengimbangi usus mikroflora sekaligus membersihkan usus. Bila usus bersih, mudah bagi pembinaan semula sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen. Penyerapan kolagen yang baik akan cepat dilihat kesannya ke atas kulit.




Faedah lain Lactobasilus Acidophilus terhadap kesihatan

- Mengurangkan bau pernafasan
- Meningkatkan sistem imun
- Membantu masalah vagina kekeringan yang dihadapi wanita terutama selepas menopause akibat penurunan hormon estrogen
- Membantu mencegah keracunan makanan
- Membantu mecegah kolon kanser
- Membantu melawan alergi yang membawa kepada akne dan eczema

Bakteria  Lactobasilus Acidophilus juga terdapat di dalam yogurt yang mengandungi bahan inulin.

Nak dapatkan usus sihat dan kulit yang cantik?
Boleh cuba Shaklee Collagen Powder dengan harga istimewa bulan September 14 sahaja.
Dapat satu kotak percuma dengan pembelian 6 kotak SCP.

Bonus kulit cantik dan usus sihat dengan SCP.

Silalah beli SCP dengan saya
Atirah| 013-3445124
SID 886787

Monday, September 1, 2014

Rahsia Kandungan MealShakes

Resepi Rahsia Dalam MealShakes

MealShakes mengandungi salah satu bahan utama iaitu lactalbumin. Apa itu Lactalbumin? Ia adalah sejenis protein. Turut ada dalam protein ini adalah asid amino yang meningkatkan sistem imun. 

Lactalbumin mudah diserap dalam badan dan salah satu tugasnya adalah meransang selera makan kanak-kanak. Apabila sel badan sihat dengan nutrisi daripada minuman MealShake, badan akan lebih bertenaga, lebih fokus dan tumbesaran kanak-kanak lebih sihat.

Anak anda mungkin tiada masalah selera makan tetapi apakah nutrisi yang diambil dalam makanan harian mencukupi atau tidak? Contohnya anak-anak yang sering mengelak makan sayuran dan buahan. MealShake berperanan dalam menampung ruang-ruang kosong dalam gizi makanan anak-anak. Inilah rahsia mengapa MealShakes menjadi pilihan ibu bapa sebagai salah satu suplemen utama anak-anak mereka.

Antara lain keistimewaan MealShakes adalah:

* Mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Ia turut mengandungi lecithin soya yang bekerjasam dengan vitamin larut lemak. Zat yang mencukupi penting untuk penyerapan vitamin dan mineral oleh tubuh

* Kandungan vitamin A, C, E, Zink dan Selenium sebagai agen antioksida yang bertindak melawan jangkitan sekaligus melambatkan penuaan

* Kaya dengan serat larut untuk proses detoksifikasi dan membuang lemak dan sisa buangan dari perut dan usus.

* Tiada pewarna, perasa dan gula tiruan. Rasa vanila yang lazat.

Istimewa Bulan September 2014, dan buat julung kalinya promosi MealShakes ditawarkan dengan pembelian 3 PERCUMA 1 tong MealShakes. 

Untuk keterangan lanjut hubungi:

Atirah | 013-344 4124
SID 886787
COD Area Bangi/Kajang/Jalan Tun Razak KL


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...