Monday, September 22, 2014

Tongkeng Ayam

Assalamualaikum w.b.t

Malam ni free sikit sambil belek-belek majalah iSihat terbaru bulan Oct14..ada artikel pemakanan tentang Tongkeng Ayam haha..

Mat Salleh panggil 'chicken tail', kadang orang kita panggil 'buntut ayam'.

Selalu saya memang buang bahagian ni, cuma leher ayam kadang saya simpan untuk buat sup.

Kenapa orang suka sangat dengan tongkeng ayam ni? Mungkin sebab ia antara bahagian paling berlemak dan ada 'feel' bila menikmatinya..

Tapi tahukah anda yang bahagian ini mempunyai kolestrol yg paling tinggi?

Taburan komposisi lemak banyak terdapat pada bahagian tongkeng, paha, kepak dan betis ayam. Bahagian tongkeng sahaja mengandungi 300mg kolestrol, sedangkan Persatuan Jantung Amerika Syarikat mencadangkan pengambilan kolestrol tidak lebih 300mg setiap hari.

Walaubagaimanapun jika anda mengalami masalah anemia, bahagian organ dalaman antara yang boleh diambil.

Saya akan update dalam entry berikutnya tentang bahaya kolestrol tinggi dalam badan.

Juga tentang cadangan pengambilan suplemen untuk mengelak kolestrol dan menurunkan paras kolestrol yang tinggi.

Stay tune!

Untuk anak-anak atau adik kita yg belum kenal bahagian tongkeng, ini imej yang saya ambil dari google

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...