Tuesday, September 23, 2014

Tips Atasi Cirit Birit

Baru-baru ni anak saya yang sulung mengalami cirit birit. Tak pasti dari mana kena, mungkin sebab malam tu kami makan luar.

Mula-mula malam tu dia kejutkan saya katanya sakit perut, 2 kali ke tandas dan muntah selepas itu.

Di klinik pagi tu doktor macam biasa bagi air garam dan smecta.

Bila dah sorang kene cirit birit kemungkinan menjangkit akan ada. Apa yg saya buat:

✔ Pastikan semua ahli keluarga cuci tangan dengan kerap terutama sebelum makan
✔ Saya elakkan makanan yg dipanas semula takut ada bakteria. Masak yg panas seperti bubur dan sup
✔Basuh tandas dengan kerap terutama selepas anak sulung tu membuang. Pakai clorox
✔Asingkan membasuh pakaian yg sudah terkena najis dan muntah
✔Disebabkan anak sulung tak mahu ubat doktor, saya beri Performance Drink untuk pastikan dia minum dengan kerap dan mineral dalam badan tak terjejas.

Alhamdulillah dia sembuh sepenuhnya dalam masa 2 hari. 2 hari tu memang laku Performance Drink. Letak dalam botol minuman dia dan pastikan dia minum sedikit tapi kerap. Lepas sembuh baru ada balik selera makan, dahlah badan kurus cekeding hehe.

Untuk yg tertanya-tanya apa itu Performance Drink, beginilah rupanya. Memang standby 1 tong di rumah. Pengganti 100+ tapi lagi bagus sebab kurang gula, tidak bergas

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...