Pagi ni saya bangun awal untuk bersahur. Pilihan saya mestilah segelas susu bersama ESP. Pantas, berkhasiat dan semestinya kenyang sampai berbuka.
Sebab hari ni hari pertama persekolahan, memang kelam kabut walaupun dah buat persiapan awal malam tadi. Saya perlu keluar awal sebab pagi Isnin jalan memang sesak teruk. Dalam kepala dah fikir nak breakfast apa ye untuk anak-anak..
Sudahnya saya goreng keria lebihan buat semalam. Pisang berangan ada 5 biji yg lembik boleh buat cekodok. 15 minit dah siap atas meja.
Anak-anak makan tanpa banyak soal. Pagi mereka biasanya mereka gemar susu dabn dimakan dengan cereal atau bancuh dengan MealShakes. Roti hari-hari memang boring dah.
Anak-anak anda jika cerewet sarapan boleh bancuhkan MealShakes waktu pagi untuk kekal fokus di sekolah.
Inilah rupanya cekodok pisang. Kurang indah rupanya tetapi sodap!! Kuih keria awal-awal lagi mereka habiskan.
Selamat memulakan persekolahan anak-anak semua
No comments:
Post a Comment