Assalamualaikum..
Terpanggil nak cerita pasal ni sebab saya perasan berat badan memang naik sekarang!
Terpanggil nak cerita pasal ni sebab saya perasan berat badan memang naik sekarang!
Saya dulu memang dalam kategori kurus. Dengan tinggi 158cm, berat badan tak pernah lebih 50kg kecuali mengandung memang cecah 63kg. Selepas bersalin dan menyusu badan, berat kembali pada asal selepas 3 bulan. Bukan nak bangga diri, mungkin badan saya jenis senang turun walau kita memang makan banyakkk masa menyusu tu..Dan saya yakin ramai ibu-ibu di luar sana pun percaya yg menyusu boleh membantu membuang lemak dan mengempiskan perut. :)
Tapi tu dulu. Sekarang anak bongsu dah 4 tahun. Ini bermakna dah 2 tahun saya berhenti menyusu. Bila berhenti menyusu, ritma makan saya masih sama..makan dan makan..Akhirnya tanpa sedar baru perasan seluar tak muat dan baju sendat. Dan bila angka 54kg baru saya tersedar. Saya tiada alat penimbang berat, tu yg tak monitor berat sendiri.
Kenapa jadi begitu? Berdasarkan pemerhatian saya:
1. Masa menyusu kita bakar kalori antara 300-500 setiap hari. Banyak kan? Sebab tu i love breastfeeding so muchhh!!
2. Saya tak jaga pemakanan. Makan sama seperti dulu. Kalori yg diperlukan ibu menyusu adalah puratanya 1,500 berbanding 1,200 untuk individu biasa.
*Gambar kartun ihsan google*
3. Makin tua, metabolisme badan tak setinggi dahulu. Tiada lagi makan banyak tapi maintain berat
4. Tak bersenam! Bersenam tapi tak cukup!
5. Makan lewat malam
So bila saya dah kenalpasti masalah saya, saya kenalah :
1. Jaga makan (sesenduk nasi time lunch dan dinner tp sangat terseksa. Pukul 3pm dah cari kuih hehe).
2. Bersenam (ya, saya cuba jogging seminggu sekali..tapi buat kerja rumah pun satu cara membakar kalori kan!)
3. Ambil suplemen. Dulu saya pandai je nasihat cust utk set diet tanpa pengalaman makan. Tapi bila kita hadapi sendiri, baru kita tahu cara yg betul. Sekarang, saya sendiri ambil set pengawalan berat badan Shaklee iaitu Alfalfa, Omega dan ESP.
Disiplin memang kunci utama. Disiplin makan, disiplin senaman. Bila usia dah makin meningkat, memang risau kalau ada penyakit yg tersembunyi.
Saya baru 51kg, turun 3kg dalam masa 2 bulan lebih. Target untuk 48kg. Memang lambat, tapi yg penting selamat dan konsisten. Caiyokk!!
Sehingga berjumpa lagi.
No comments:
Post a Comment