Assalamualaikum semua..
Hari ni tiba-tiba nak sentuh tajuk ni. Kebetulan saya dapat gambar ni dari group whatsapp UKM..disebabkan kebanyakkan dari kami bekerja dan tiada pembantu, maka kami berkongsi perasaan yang sama. Penat, letih, tak cukup masa memang antara perasaan biasa yg dialami oleh ibu-ibu yg bekerja.
Seawal 7 pagi keluar rumah, mengharapkan anak yg ditinggalkan dalam keadaan yang baik dijaga pengasuh mahupun di sekolah.
Pulang jam 7 malam menyinsing lengan untuk menyiapkan makam malam dan kerja-kerja rumah lain sambil menguruskan anak. Yang mempunyai bibik alhamdulillah, yang tiada mengharapkan belas ihsan suami untuk saling berganding bahu. Kalau suami outstation memang kelam kabut lah nak uruskan sendiri.
Pernah tak baca satu surat yg diviralkan di internet suatu ketika dulu. Surat yg berkisar luahan hati seorang surirumah tentang bagaimana dia menghargai pengorbanan ibu yg bekerja dan dibalas oleh surat ibu bekerja yg menyanjungi peranan ibu suri rumah.
Walauapapun pilihan kita bekerja atau tidak, saya salute semua ibu yg berkorban masa dan tenaga demi tanggungjawab untuk suami, anak dan keluarga.
Teringat zikir yg diajar oleh nabi Muhammad s.a.w kepada anakandanya Fatimah yang mengadu keletihan menguruskan rumahtangga dan inginkan pembantu. Takbir 34x, tasbih 33x dan tahmid 33x.
Semoga menjadi peringatan buat saya sendiri.
Alhamdulillah dulu saya dan suami berjauhan selama setahun lebih atas urusan kerja. Dia di Sabah dan saya di Bangi dengan anak-anak. Disebabkan keletihan menguruskan sendiri dan anak sering masuk hospital, saya perlukan suplemen tambahan untuk keluarga sehinggalah berkenalan dengan Shaklee. Dan alhamdulillah berkesan buat kami.
Bonus tambahan dapat menjadi sebahagian dari keluarga Shaklee di bawah group Jutaean yang turut mengajar pengurusan masa yg baik.
Mahu menjadi sebahagian dari keluarga Shaklee kami?
Jangan segan untuk hubungi saya:
Atirah| 013-3445124
No comments:
Post a Comment