Sunday, September 21, 2014

Masa Berkualiti Bersama Anak-anak

Cerita malam tadi..

Anak saya yang kecil, Aufa masih tidur dengan kami walaupun dah ada bilik sendiri..cuma kami letakkan single bed sebelah katil kami..

Sebab pagi ni dah start sekolah..malam tadi kami cerita ceriti sepanjang cuti sekolah seminggu ni apa yg dah Aufa buat. Seronok berbual dengannya, petah walaupun baru 4 tahun. Beza anak perempuan kan..

Masa tu memang rasa bonding sungguh! Bercerita sampailah dia nak tidur sempat baca surah Al-Fatihah, An-nas, Al-Falaq & Al-Ahad bersama.

Ohh saya rindukan saat2 begitu. Huhu..walaupun singkat saya percaya itu antara kualiti masa berdua yang terbaik bersama. Sempat buat 'akujanji' yang saya akan kurangkan tengok hp dan Aufa pun akan kurangkan tengok youtube!

Antara impian saya nak lebih masa bersama anak-anak sebab bila ibu bekerja fahamlah kekangan masa yang kami hadapi..

Itu antara impian saya dan langkah pertama saya adalah dengan memulakan biz bersama Shaklee..

Anda bagaimana ya?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...