Tuesday, September 16, 2014

Tips Sihat Ketika Bercuti

Anak Sihat, Mama Ceria bila bercuti

Horeeiii!!! Musim cuti sekolah datang lagi. Ibu bapa yang dah siap merancang nak pergi mana cuti ni pun sama gembira dengan anak-anak. Sekarang hotel atau tiket pengangkutan (jika gunakan pengangkutan awam) perlu dirancang seawall mungkin untuk keselesaan dan takut tiada kekosongan
Biasa bab packing baju, mak lah yang paling sibuk. Kalau boleh satu rumah nak angkut, tapi oppsss kalau naik AirAsia sila awasi berat beg kalau tidak mahu bayar lebih. Dan sila agihkan satu bahagian dalam beg ye untuk diisi suplemen. Hah! Suplemen apa nak isi nanti saya cerita

Ok. Kesihatan dan mood anak-anak paling penting kalau bercuti sebab bila anak tak sihat automatik agenda percutian akan ditukar atau kita pun tak ceria sebab anak-anak sakit. Ini tips yang saya amalkan untuk pastikan kesihatan anak-anak tip top waktu bercuti.

1. Ubat-ubatan yang perlu di bawa adalah paracetamol untuk demam atau jika anak ada masalah kesihatan lain seperti lelah sila sediakan puff dan ubatan yang perlu

2.  Bekalan air masak yang mencukupi. Jika duduk di hotel atau tempat yang diragui kebersihan airnya, anda boleh dapatkan set Get Clean Water Pitcher seperti gambar di bawah. Jimat bekalan air mineral yang perlu dibeli, senang di bawa dan tidak memerlukan punca kuasa elektrik. Hanya tuang air paip dan jug akan menapis kotoran dan bakteria dalam air sebelum selamat di minum.





Set Get Clean Water Pitcher ni antara wish list saya untuk tahun ini.


3. Sebab saya amalkan suplemen Shaklee untuk keluarga, maka senarai suplemen yang praktikal untuk kami bawa adalah seperti berikut:

Cadangan Untuk anak-anak

MealShakes
Sangat bagus sebagai snek dan alas perut. Biasa bila berjalan jadual makan akan lari sedikit. Atau selepas habis berenang di kolam tentu anak kelaparan di hotel. Sementara nak tunggu bersiap untuk makan, saya bancuh MealShakes dengan susu.

Omega Guard
Berguna jika anak tiba-tiba ada batuk dan kahak kerana ia membantu mencairkan kahak.


Vitamin C Chewable
Untuk ketahanan sistem imun dan mencegah jangkitan terutama jika melancong ke tempat yang mudah terdedah dengan wabak jangkitan. Selalu pun saya kongsi vitamin C anak-anak sebab malas nak bawa yang Sustain Release Vitamin C untuk dewasa


Krim Herbal Blend
Berguna jika ada ruam akibat cuaca panas atau gatal-gatal dan bengkak. Krim ni mempunyai pelbagai guna, bagus juga untuk mak yang mengalami rekahan pada tumit kaki.


Cadangan Untuk Mak dan Ayah

Nutriwhite Ultimate Whitening Protection Krim dan Vitamin 
Untuk perlindung kulit dari sinaran matahari dengan krim ini. Bagus sebab ada SPF15. Takdelah risau kulit gelap bila berjemur kan. Lagi satu elok amalakn Vitamin E dari awal sebab ia bagus untuk antioksida dan sebagai  pelindung dalam melawan radikal bebas dari sinaran UV


Multivitamin Vitalea
Bagus untuk penambah tenaga dan top up nutrient yang kurang dengan dalam diet. Biasa buah mesti kurang makan kan bila bercuti hihi. 


Alfalfa
Bagus terutama untuk pelawasan dan yang ada alergi. Nak-nak jika bercuti ke pulau, target mesti nak makan makanan laut. Alfalfa membantu detoksifikasi dan mengurangkan simptom alahan seperti gatal-gatal hidung.

Ostematrix
Bila bercuti mesti banyak berjalan. Bila banyak berjalan mesti lenguh kaki dan otot lain. Masa ni Mr Ostematrix sangat membantu sebagai sumber kalsium dan magnesium untuk elak kekejangan. Dan lagi satu bagus juga untuk kualiti tidur yang baik walaupun kuantiti kurang. Barulah bangun pagi  rasa segar untuk aktiviti lain dan pelawasan tiada masalah.


Nutriferon
Yang ni wajib saya bawa sebagai first aid saya terutama jika demam sebab ia meransang pengeluaran interferon secara semulajadi untuk melawan jangkitan. Ala-ala panadol juga untuk pencegahan dan boleh dikongsi ibu & anak


Performance Drink
Jika bercuti dengan memandu kenderaan, saya memang akan bawa dan bancuh untuk bekalan minuman si pembawa kereta. Ini minuman isotonik untuk penggalak tenaga dan mencegah dehidrasi tetapi tiada gas dan kurang gula


Cara Pembungkusan

Macam banyak je suplemen yang saya bawa kan? Saya tak bawa botol besar nanti makan ruang bag. Apa yang saya buat adalah untuk suplemen berbentuk tablet atau kapsul, saya asingkan untuk bekalan 4 hari contohnya dan  letak dalam pill box kecil macam ni.


Untuk suplemen yang berbentuk serbuk seperti MealShakes dan Performance Drink, saya masukkan dalam 5-6 sudu ke dalam bekas kecil Tupperware yang bertutup rapat berserta scoop.

Untuk nutriferon tiada masalah sebab dalam bentuk stick yang mudah di bawa.


Okey. Selamat bercuti. Rancang percutian anda dengan baik. Walau dekat atau jauh, percutian murah atau mahal, yang penting adalah kualiti masa yang dihabiskan dengan keluarga tersayang

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...