Assalamualaikum..
Keletihan balik dari family day office masih bersisa. Hajat nak keluar beli lauk dan barang kering di pasar malam untuk stok seminggu tapi sebab hujan dibatalkan sahaja.
Sudahnya suami ajak makan di luar lepas maghrib tadi. Fikir-fikir nak makan apa, tiba-tiba teringat steamboat. Sejuk-sejuk ni makan benda panas sedap juga. Maka kami menuju ke Restoran Sizzling Grill & Steamboat Antarabangsa di seksyen 9 BBB. Bersebelahan Wong Solo.
Kedai kecil tapi lengkap dengan seafood, steamboat, nasi goreng cina & mee, sayuran dan dessert. Anak-anak memang suka seafood, terutama ketam. Kami pilih sup tomyam.
Keseluruhannya, sup sedap dan banyak pilihan bahan steamboat, harga berpatutan dan servis pantas.
Maaf tiada gambar sebab hp kami habis bateri hehe.
Teringat dulu biras saya ajar buat sendiri steamboat di kampung, makan beramai-ramai memang seronok. Lain kali boleh buat steamboat sendiri di rumah. Lebih jimat dan puas makan seafood yang kita suka.
Tapi awas seafood antara yang tinggi kolestrol, jangan kerap sangat. Untuk yang sukakan steamboat tapi ada masalah resdung, insyaAllah set resdung dari Shaklee boleh membantu.
Alfalfa untuk detoksifikasi & anti radang
Vitamin C & Nutriferon untuk menguatkan sistem imun
Garlic untuk antibodi semulajadi
Selamat berhujung minggu!
No comments:
Post a Comment