Tuesday, December 23, 2014

Kandungan Dari Bahan Semulajadi Di Dalam Sustained Release Vitamin C

Saya suka baca artikel The Shaklee Ingredient Philosophy. Dalam tu banyak dikongsi bagaiman Shaklee cerewet dalam pemilihan bahan yg semulajadi utk penghasilan produkknya.

2 prinisip utama dalam pemilihan bahan utk produk Shaklee adalah:

a. Kandungan mesti semulajadi atau hampir semulajadi
b. Kandungan mestilah dihasilkan daripada teknologi penyelidikkan dan saintifik yg terkini

Disebabkan bulan Dec’14 adalah bulan antioksida dengan promo Vitamin C, mari kita lihat apa yg membezakan SR Vitamin C Shaklee dengan vitamin C jenama lain di pasaran.

Walaupun kebanyakkan jenama di pasaran menyatakan mereka hanya mengekstrak bahan semulajadi sahaja dalam menghasilkan vitamin C.

Sumber Rosehips & Acerola yg tinggi dengan konsentrasi Vitamin C, tetapi masih tak cukup tinggi utk formula high potency vitamin C.


Maksudnya, mengikut peraturan US RDA sesuatu suplemen sebelum dilabelkan sebagai high potency iaitu sekurang-kurangnya 2/3 dari nutrisinya perlu mengandungi sekurang-kurangnya 100% dari nilai harian.

Melalui pelbagai proses fermentasi Shaklee mendapatkan kandungan dari karbohidrat yang terdapat secara semulajadi dalam sumber jagung. Vitamin C yg terhasil dari proses ini mempunyai molekul yg hampir sama dgn molekul yg terdapat dlm buah sitrus.

Selain itu, perasan tak system perlepasan berperingkat dalam SR Vitamin C?

Agar-agar (natural plant gum yg diperoleh dari red seaweed (Rhodophyceae) adalah komponen utama dalam menghasilkan gam utk lapisan pelepasan berperingkat tersebut. Ia adalah ekstrak air panas , dikeringkan sebelum dijadikan serbuk utk lapisan gam tersebut.

Gabungan kandungan semulajadi dan penggunaan teknologi terkini adalah prinsip utama Shaklee dalam menghasilkan produknya.


Itulah Perbezaan Shaklee!!

Sunday, December 21, 2014

Perfect Portion

Tips ni saya dapat dari majalah iSihat.
Tips bagaimana nak turunkan berat badan walaupun tak tinggal makan.

Caranya adalah:

1. Minum 2 gelas air sebelum makan

2. Ambil nasi saiz buku lima

3. Ambil protein sebesar saiz tapak tangan

4. Lemak sebesar saiz ibu jari

5. Sayur sebanyak 2 tapak tangan

6. Buah-buahan segenggam


Image dari Google

Friday, December 19, 2014

2 Soalan Popular Setelah Makan Vitamin B Complex


1. Mengapa Urin Menjadi Kekuningan selepas makan B Complex?
        Ini normal kerana B Complex merupakan vitamin larut air dan ia mengandungi elemen Riboflavin (B2) yang menyebabkan urin bertukar kekuningan . Riboflavin diperlukan dalam badan terutama semasa proses pelepasan tenaga.
2. Mengapa rasa lapar selepas makan B Complex?

Selain itu, mungkin juga ada yang berasa lapar selepas makan B Complex. Perkara ini tidak berlaku jika B Complex di ambil selepas makan yang mencukupi. Mengapa ada tindak balas lapar jika mengambil B Complex tanpa makanan mencukupi? Ini kerana B Complex meransang metabolisma dan menukarkan makanan menjadi tenaga, Jika tiada makanan untuk diproses, badan akan demand untuk makanan. Namun, jika sudah pun makan sebelum mengambil B Complex tetapi masih lagi rasa lapar, cukup sekadar minum minuman tenaga yang mengenyangkan seperti Energizing Soy Protein, Cinch Shake Mix, milo, horlick, susu. Jangan makan mengikur nafsu dalam keadaan ini jika memang nak mengurangkan berat badan.

B Complex yang merangsang metabolisma badan boleh menyebabkan tubuh mengeluarkan haba, oleh itu pengambilan air putih yang banyak sangat digalakkan. Oleh kerana sifat ini, B Complex membantu juga dalam proses mengurangkan berat badan kerana makanan diproses menjadi tenaga dan digunakan sebaiknya.

Sebab tu B Complex item wajib atas meja kerja saya

Wednesday, December 10, 2014

Bila Lelaki dan Hormon T-Rendah

Tajuk kali ni agak serious hehe..
Sebab baca artikel baru ni tentang kaitan antara krisis pertengahan umur dan perubahan hormon di kalangan lelaki..

Ingat perempuan je ke mengalami perubahan hormon? Lelaki pun ada juga tau!

Krisis pertengahan umur atau mid life crisis biasanya dialami oleh golongan berumur antara 35 hingga 50 tahun. Simptomnya termasuklah hilang tumpuan, murung, mudah marah, pasif dan keletihan tanpa sebab. Pada satu masa lelaki risau dengan pencapaian hidup mereka setakat ini, sana ada dari segi kerjaya atau peribadi. Dan ini akan memberikan kesan emosi dan fizikal. Sound familiar??

Ok..ramai pakar berpendapat ini ada kaitan dengan otak atau perubahan hormon.

Bagaimana tu??

Testeron adalah hormon seks lelaki yg paling dominan. Kalau perempuan, hormon yg berkaitan adalah estrogen dan progesteron.

Fungsi testeron adalah utk perkembangan ciri2 am lelaki seperti tumbuh bulu dan misai serta pertumbuhan otot. Hormon ini juga bertanggungjawab dlm mengekalkan nafsu seks, menghasilkan sperma dan ketumpatan tulang.

Otal dan kelenjar pituitari inilah yg akan mengawal selia penghasilan testeron oleh testis.

Bila tahap hormon testosteron rendah atau T Rendah boleh menyebabkan nafsu seks menurun, kurang stamina, masalah ereksi, kemurungan dan moody. Masalah fizikal lain yg dialami termasuklah rambut gugur, jisim otot hilang dan pengumpulan lemak bertambah. Risiko utk penyakit kencing manis, darah tinggi dan masalah kardiovaskular lain akan memburukkan keadaan.

Bagaimana utk mengatasinya?

Rawatan pengambilan Testofen daripada bahan semulajadi iaitu herba Fenugreek yg mengandungu 100 bahan fitokimia aktif. Ia digunakan utk meninggikan tahap testosteron bebas dan libido melalui beberapa kajian klinikal.

Utk maklumat lanjut, jangan segan utk mendapatkan rawatan dari pihak doktor. Sokongan moral dan emosi terutama dari pasangan sangat2 membantu.

Sunday, December 7, 2014

Awet Muda Bukan Cara Instant

Anda pernah dengar kan kisah bagaimana eanita yg sanggup habiskan ribuan ringgit utk mendapatkan suntikan botoks, suntikan vitamin C, rawatan stem sel..

Semata-mata utk kelihatan muda remaja..

Sedangkan salah satu cara yg boleh melambatkan kesan penuaan adalah dengan mendapatkan khasiat tambahan yg sesuai.

Bila tanda penuaan, kesan pertama yg dilihat adalah pada lapisan epidermis, iaitu lapisan bawah kulit. Kulit merupakan bahagian paling awal yg dapat mengesan kekurangan kolagen pada tubuh. Kulit akan menjadi kering, kasar, kurang anjal dan berkedut. Seterusnya rambut mula gugur dan nipis, kuku mudah patah.



Tahukah anda sumber tambahan seperti pengambilan Vitamin C boleh membantu membina kolagen yg diperlukan dari badan?

Vitamin C membantu menggalakkan penghasilan kolagen dan tisu penyumbang yg lain.

Anda juga digalakkan mengambil sumber antioksida tambahan lain untuk mencegah kehilangan kolagen akibat ancaman radikal bebas.

Tapi kesannya bukan boleh dilihat sehari dua. Pengambilan Vitamin C secara konsisten dapat membantu kulit menjadi lebih lembut dan anjal.

Untuk sumber tambahan vitamin C saya cadangkan Sustain Release Vitamin C dari Shaklee.
Kandungan bahan semulajadi dlm Vitamin C SR seperti bioflavonoids meningkatkan lagi fungsi vitamin C dan mencegah pengoksidaan Vit C dalam badan.

Kini dengan promosi Belian 6 botol Percuma 1 sepanjang bulan Disember14.



Atirah Mohd Saim
013-3445124

Thursday, December 4, 2014

Petua Hilangkan Kesan Darah

Balik maghrib tadi, husband tunjukkan kesan seluarnya yg terkena sedikit darah.

Rupanya perjalanan balik tadi dia ternampak satu kemalangan motor. Rupanya penunggang motosikal tadi terlanggar divider, jalan licin kesan hujan lebat tadi. Nampak kecedaraan mukanya agak teruk. Suami turut membantu mengalihkan badannya ke tepi jalan.

Yang kesiannya dia cerita berterabur nasi atas jalan. Agaknya penunggang motosikal beli sebelum kemalangan..alahaii..teringat cerita kemalangan suami menunggang motosikal 5 tahun lepas. Tupperware nasi yg saya bekalkan turut hilang semasa kemalangan tersebut. Tercampak keluar agaknya..

Oklah, bila dia balik dengan kesan darah pada seluar, saya google lah utk tahu petua hilangkan kesan kotoran tersebut.

Dan ini yg saya buat.

Basahkan bahagian seluar yg terkena darah.
Sapukan garam halus di sekeliling kotoran tersebut.
Biarkan selama 30mt.

Alhamdulillah, nampak hilang kotoran tersebut. Lepas tu saya tuangkan setitis dua Basic H dan sapukan pada kesan kotoran tersebut agar hilang dan lebih bersih.

Basic H Organic Super Cleaning Concentrate ni saya cadangkan perlu ada pada setiap rumah. Serbaguna dan berkuasa. Tanpa toksid dan selamat pada tangan.

Selamat mencuba!

Tuesday, December 2, 2014

Natural vs Sintetik

Sempena double promotion utk bulan Dec'14 iaitu Vitamin C dan Vitamun E, elok kita kenali bagaimana utk mengetahui vitamin yg diambil adalah dari sumber natural atau sintetik.

Untuk Vita C yg natural, carilah label yg mengandungi kandungan sitrus, rose hips dan acerola berries sebagai sumber.

Untuk Vita E yg natural, sumbernya dari minyak  sayuran, minyak biji gandum atau kombinasi tocopherol dan d-alpha tocopherol.
Jika label adalah dl-alpha tocopheral bermaksud sintetik.

Adakah produk Shaklee utk kedua-dua vitamin ini dari sumber natural atau sintetik?

Saya akan kongsikan pada entri seterusnya.

Saturday, November 29, 2014

Rahsia Cantik Wanita Jepun

Apa rahsia wanita jepun slim2 dan nampak sihat walau dah tua?

Buku karya Naomi Mariyama berjudul Japanese Women Don't Get Old Or Fat menyatakan wanita jepun paling rendah kadar obesiti dan panjang usia.

Rahsianya??

1. Makan banyak ikan terutama ikan salmon.

2. Tidak makan makanan manis, biskut & donat terlalu banyak.

3. Ada sejenis kacang yg namanya Azuki. Sering digosokkan di wajah bagi mengelakkan kedutan, mengawal pengeluaran minyak & jerawat serta mencegah masalah lingkaran hitam.

Dan ini saya tambah berdasarkan pembacaan lain

4. Amalan pengambilan probiotik, bakteria baik untuk pencernaan dan usus yg sihat. Susu kultur Yakult berasal dari sana kan

5. Amalan minum teh hijau yg bagus utk antioksida yg menghalang radikal bebas.

6. Gemar berjalan kaki/ berbasikal ke mana saja.

Haa, marilah kita tiru diet orang jepun ni. Ambil makanan yg tinggi asid lemak omega3, 2-3 kali seminggu.



Macam mana ye rupa kacang azuki ni?. Macam rupa kacang merah yg selalu kita makan bersama ABC atau pemanis mulut yg lain.




Satu lagi kebaikkan kacang merah ni ia kaya dengan zat besi terutama untuk wanita yang semasa kedatangan haid mudah kehilangan zat besi. Ia rendah kalori dan bebas lemak jika dibandingkan sumber zat besi yang lain seperti daging merah. 

Friday, November 28, 2014

Godaan Pulau Pinang - Day 3

Hari terakhir di sini. Selepas sarapan kami ke Bertam melihat rumah baru adik saya. Hartanah di tengah Georgetown makin mahal, semahal rumah di KL memaksa penduduknya membeli di seberang.

Kami makan tengahari di kedai Mak Jah Mee Udang Kuala Sepetang. Mulanya kami turun exit Taiping, tapi terasa jauh. Balik tu baru tau patutnya turun Changkat Jering lagi dekat sikit.

Agak kurang best rasa mee udangnya walaupun udang masih banyak. Rasa manis udang kurang, rasa sos yg lebih. Layan je sebab perut lapar. Lepas ni tak singgah dah, balik terus ke KL.

Sepinggan RM9. Kalau yang special RM15 rasanya.

Cucur udang pun ada, yang ni memang sedap!

Ok..perjalanan balik lancar, cuma jem waktu tiba di KL. Bertembung dengan orang yang balik kerja dan waktu hujan lebat. Alhamdulillah percutian kali ini berjalan lancar.


Thursday, November 27, 2014

Godaan Pulau Pinang - Day 2

Perjalanan hari ni bermula selepas breakfast di hotel. Kami menuju ke Municipal Youth Park di Persiaran Kuari. Perjalanan mengambil masa dalam 15mt dari hotel.



Taman rekreasi ini menyediakan kemudahan seperti trek jogging, taman permainan kanak2 dan water park. Lepas penat main taman kita berendam dulu ye.



Balik ke hotel utk check out. Tengahari ni agenda dirancang utk berjalan kaki di tengah pusat bandar Georgetown sambil melihat dan mencari lukisan mural atau street art yg terdapat di antara bangunan2 lama.

Antara jalan yg kami lalui adalah Armenian Street, Ah Quee Street. Jika anda peminat fotografi, seni dan lukisan ini antara tempat yang harus dikunjungi. Unik sebab ada unsur humor dan menyentuh kehidupan kita seharian. Lukisan2 ini ada di antaranya dihasilkan oleh Ernest Zacharevic. Disebabkan kesuntukkan masa dan tak sampai hati lihat orang tua kami panas berjalan, hanyak 6-7 lukisan/arca saja yg kami sempat lihat.


Sayang ada dinding ada yg tekopek catnya. Yang ada tu gambar dinasour pun dah tak jelas







Perkhidamatan menaiki beca, menyewa basikal dan motor turut disediakan. Terdapat juga gerai2 menjual ais kepal dan souvenier di tempat tumpuan pelancong. Kalau naik basikal harus hati2 kerana jalan sempit dan kereta agak laju di sini.
.
Kami singgah makan di Restoran Ros Nasi Kandar & Beriani. Terjumpa Mat Sabu dan rombongannya di sini :)



Destinasi seterusnya adalah Countryside Stables Penang di Teluk Bahang. Agak jauh ke sini sebab perlu melalui jalan Balik Pulau yang banyak selekoh.

Bayaran masuk adalah RM5 utk dewasa dan RM2 utk kanak2. Dapatlah anak2 bagj kuda makan dan naik kereta kuda. Gembira sungguh mereka jumpa kuda.




Balik tu singgah makan Laksa Janggus yg power! Sampai sekarang terasa lagi kesedapan ya.



Kami balik ke Permatang Pauh menaiki feri dan bermalam di rumah adik saya, Ipa.

Sebab banyak sangat makan kan, haruslah telan 3biji Omega utk membakar lemak dan kawal kolestrol. Serta sebiji Vitamin C yg wajib dibawa ke mana saja hehe..

Wednesday, November 26, 2014

Godaan Pulau Pinang - Day 1

Assalamualaikum..

Kami mulakan cuti persekolahan dengan berjalan ke Pulau Pinang. Percutian asal sepatutnya bersama ibu bapa saya dan keluarga adik saya, Atiqah..Tetapi atas masalah kesihatan, Tiqa terpaksa membatalkan percutian bersama. Tinggal satu kereta saja bersama mak ayah ke Penang.

Here we go..pukul 9.30am baru bertolak dari Bangi. Perjalanan lancar, tiada jem dan kami sampai ke Jambatan Kedua PP pada pukul 2pm. Hujan renyai2 dan Georgetown agak sesak pada hari Sabtu.
Kalau percutian lepas kami menginap di Hard Rock Hotel Batu Feringgi, kali ni kami menginap di Hotel Royal Penang, Georgetown berdekatan Plaza Penang tapi agak jauh ke Komtar. Perlu menaiki kereta jika ingin ke area Komtar utk 5mt perjalanan.

Yeahhh!! Dah sampai tapi musim hujan sekarang dan agenda terpaksa di adjust


Makan tengahari pukul 3pm. Perut masing2 berkeroncong menikmati nasi kandar di Restoran Nasi Kandar 24jam. Boleh berjalan kaki dari Hotel Royal Penang. Makanan sedap, hajat di hati ingin ke Nasi Kandar Line Clear tapi sebab jauh dan lapar, ini pun dah sedap




Malam pula masih hujan renyai tapi kami teruskan perjalanan ke Medan Selera Renong Padang Kota.
Makan pasembor (sayangnya bahan2nya dah tak panas dan agak lemau), mee goreng mamak, char kuetiaw dan laksa penang.

Maaf tiada gambar sebab kehabisan bateri hp yg dikerjakan anak2. Harga makanan agak mahal di sini. Sepinggan mee goreng mamak udang RM8, pasembor RM19 bergantung bahan yg diambil.
Balik semula ke hotel, ingat nak sambung ke Pasar Malam Batu Feringgi tapi hujan masih lebat. Kita batalkan dan lepak dalam bilik.

Sebelum tidur, haruslah telan 4 biji Ostematrix, buat melegakan lenguh dan kejang kaki berjalan dan tidur yang lena utk perjalanan panjang esok hari..

Thursday, November 20, 2014

Keracunan Makanan

Isnin lepas, saya dan Aufa mengalami keracunan makanan. Tak pasti dari mana, rasanya dari nasi lemak yg diterima semasa program di Putrajaya pagi tu. Perut kami memang sensitif dengan makanan yg tercemar.

Bermula dengan muntah, cirit birit dan pedih ulu hati akibat perut berangin. Si kecil Aufa memang kesian, tak tidur lena akibat berulang alik ke tandas tapi nasib baik dia tidak meragam banyak.

Besoknya doktor bekalkan ubat tahan muntah, sakit perut dan buang angin.

Disebabkan saya tiada stok suplemen Peppermint Ginger & Garlic, saya hanya minum Performance Drink utk tambah tenaga. Aufa pula saya beri yogurt utk bakteria baik dalam perut.

Untuk yg nak pilih rawatan semulajadi, ini mungkin boleh membantu anda.

1. Halia - rasa pedas asli halia dikatakan mengandungi antibiotik utk mengembalikan perut pada keadaan normal.

2. Jus Lemon - Mengandungi sejenis asid yg dapat membunuh bakteria jahat dalam perut.

3. Pudina - dapat membantu melegakan perut

4. Cuka Epal - membantu menyembuhkan salit kepala & masalah penghadaman.

Selamat mencuba! Boleh standby stok bahan di atas di dapur anda untuk saat2 kecemasan.

*Gambar ihsan Google

Tuesday, November 18, 2014

Minyak Ikan Boleh Turunkan Berat Badan?


Banyak pertanyaan yang saya terima berkaitan subjek di atas..

Melalui pembacaan saya, ada sesuatu yg special dlm minyak ikan heheh,

Apa yg special tu?

Asid lemak Omega3 dalam minyak ikan rupanya dapat membantu meningkatkan aliran darah ke otot semasa bersenam..

Ia membantu meransang enzim yg berperanan dalam penyingkiran lemak agar lemak dapat dimanfaatkan untuk tenaga.

Semasa bersenam ye! Bukan duduk kosong sambil telan minyak ikan dengan harapan dapat kurus.

Suplemen minyak ikan Omega3 menjasi suplemen semulajadi yg efektif untuk membantu mengurangkan berat badan dengan senaman,

Jomm kita bersenam sambil telan minyak ikan!!



Kalsium vs Suplemen Kalsium


Berapa sebenarnya kandungan kalsium yang diperlukan oleh tubuh?

Berikut adalah cadangan pengambilan kalsium mengikur RDA:

Lelaki & Perempuan Dewasa berumur 19 – 50 tahun (termasuk ibu mengandung & menyusu) = 1,000mg sehari

Ibu mengandung/menyusu berumur 14 – 18 tahun = 1,300 mg sehari

Perempuan Dewasa ( 51 tahun ke atas) = 1200 mg sehari

Mana nak cukupkan keperluan kalsium seperti di atas?

Antara sumber kalsium dlm makanan:-

1 hidangan yogurt – 415mg
1 hidangan sardine dgn tulang – 325mg
1 hidangan 250ml susu segar DL – 250mg
½ cawan brokoli – 21 mg


Namun, anda mungkin mengalami kekurangan kalsium dlm diet jika anda seorang vegetarian, post menopause, lactose intolerance/allergic, kurang pengambilan produk susu, pengambilan protein atau sodium yg terlalu tinggi.

Ini boleh menyebabkan badan membuang kalsium, mengalami osteoporosis atau megalami masalah pembuangan/penghadaman yg menyebabkan badan kurang menyerap kalsium

Dalam keadaan begini, anda mungkin memerlukan suplemen kalsium.

Cadangan pengambilan Ostematrix Shaklee adalah 4 biji tablet (250g sebiji) bagi mendapatkan keperluan 1,000mg sehari


Gambar di atas merujuk kepada kandungan Ostematrix berbanding suplemen kalsium lain di pasaran.

Walaubagaimanapun, anda boleh kurangkan dos berdasarkan pengambilan kalsium dlm diet harian anda. Pengambilan kalsium lebih daripada 2,000mg sehari tidak member nilai tambah kepada tubuh.


Suplemen hanyalah sebagai top-up kpd kekurangan nutrient dlm tubuh, ia bukanlah pengganti makanan.

Saturday, November 15, 2014

Sekarang Semua Boleh Ambil Omega

Pengambilan Omega3 Untuk Semua Peringkat Umur.

Jadual ni saya daoat dari sartu artikel terbitan luar negara. Tentang keperluan pengambilan asid lemak Omega3 utk semua peringkat umur.

Yang paling kritikal adalah golongan remaja berusia 14 tahun ke atas dan ibu hamil dan menyusu. Pada waktu ini keperluan terhadap asid lemak perlu ini adalah antara yg tertinggi.  Ikan laut air sejuk seperti sardin, mackarel, herring dan kekacang antara sumber yg kaya dengan omega 3.

Untuk sumber tambahan saya pastikan Omega Guard dari Shaklee yg menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi tinggi.

Kini Omega 3 boleh dinikmati seisi keluarga. Antara khasiatnya adalah:

Anak-anak - Untuk meningkatkan daya ingatan & pembelajaran, memelihara penglihatan dan pendengaran. Juga membantu mencegah risiko asthma dengan mengurangkan inflamasi pada salur pernafasan.

Ibu Hamil & Menyusu - Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori melalui kandungan nutrien DHA yg kaya dlm Omega 3 terutama pada 3 bulan yg terakhir kandungan. Dan menambah nilai dalam susu ibu yg tersedia kandungan DHA yg tinggi.

Dewasa - Mencegah penyakit salur darah & strok, menentang kanser, memelihara fungsi sendi dan mengurangkan tekanan.

Jom kongsi satu rumah satu Omega!.

Promosi Omega Guard masih berlangsung sepanjang bln Nov14.

Hubungi:
Atirah Mohd Saim
013-3445124
Pengedar Shaklee Anda
COD area Bangi, Kajang, Jln Tun Razak KL.

Thursday, November 13, 2014

Errkk..Saya Suka Makan Manis?

Kadang2 lidah kita tetiba teringin nak makan coklatlah, aiskrimlah. Kalau ikutkan nafsu habislah, silap2 berlubang gigi & diabetes pun datang.

Ini trik yg saya baca untuk siapa yg suka makan manis. Bagaimana nak kurangkan ingatan pada makanan yg manis

1. Cuba rasa sedikit saja. Kalau teringin sangat boleh kudap sepotong cookies atau candy bar.

2. Anda suka strawberi coklat? Ha, boleh juga celupkan strawberi atau pisang ke dalam coklat cair.

3. Awas produk berlabel 'low fat' kerana kandungan gulanya masih tinggi.

4. Makanlah buahan segar. Kandungan gula dlm produk buah kering boleh mencapai 70%

5. Kunyah gula getah utk kurangkan keinginan makan.

6. Makan dengan teratur. Perut kosong terlalu lama boleh menyebabkan kita cenderung mengambil makanan manis & berlemak utk isi perut.

Haa..satu lagi cara nak atasi mengidam makanan manis. Senang je. Blend buah kegemaran anda bersama segelas ESP. Ia sihat dan mengenyangkan. Total gula utk 1 sudu ESP hanya 3g sahaja!. Tak perlu tambah gula. Dapatkan manisan semulajadi daripada campuran buah-buahan yg kita kisar tu.

Selamat Mencuba!

Tuesday, November 11, 2014

Kebaikkan Omega 3 Yang Mungkin Anda Belum Tahu

Assalamualaikum semua.

Disebabkan bulan ni promo Omega Guard dari Shaklee, saya rasa teruja nak berkongsi kebaikkan Asid Lemak Omega3 yg mungkin anda belum tahu.

Ibu Menyusu

Suplemen asid lemak Omega3 tinggi DHA yg diberi kpd ibu menyusu mungkin dapat membantu mencegah bayi pra-matang daripada perkembangan mental yg lambat

Masalah Kardiovaskular

Menstabilkan paras kolestrol & trygliceride seterusnya menurunkan risiko serangan jantung & stroke

Menurunkan paras CRP (C-reactive protein), penunjuk aras kepada inflamasi & faktor kepada masalah kordiovaskular

Menurunkan ketebalan sel darah platlet sekaligus menurunkan risiko pembentukkan darah beku.

Kecantikkan & Kesihatan Kulit

Omega 3 membantu mencegah keradangan pada tubuh yg menjadi salah satu punca kepada jerawat.

Memelihara kulit, rambut dan kuku yg sihat.

Melegakan kegatalan dan mengurangkan kerak yg terjadi akibat penyakit psoriasis.



Itu info yg dapat saya kongsikan kali ini.
Jom dapatkan Omega Guard pada harga penjimatan bulan ini.

Beli 6 percuma 1
Beli 2 dgn diskaun 5%

Atirah Mohd Saim
013-3445124
SID 886787
Fb: Atirah Binti Mohamed

Monday, November 10, 2014

Berapa Belanja Barang Dapur Anda?

Ini ringkasan belanja barang basah seperti ikan, udang, ayam,sayuran dan buah-buahan untuk seminggu.

Lokasi: Pasar Tani Bangi
Ikan dan udang RM28
Ayam RM14
Buah RM15
Sayur RM10
Bawang & kentang RM5

Jumlah RM72

Sebab saya biasanya akan masak untuk makan malam sahaja 6 hari. Hari Ahad sama ada makan luar atau saya masak special sedikit. Hari lain lauk biasa saja yg ambil masa setengah jam saja utk masak.

Masih lagi jimat untuk kami 5 beranak berbanding makan di luar. Dengan kenaikkan harga minyak, harga barangan lain turut terkena tempiasnya.

Kita ada 2 pilihan sama ada untuk:

1. Kurangkan perbelanjaan ATAU
2. Tambahkan pendapatan.

Kalau diberi pilihan utk tambah pendapatan tanpa kurangkan belanja, nak cuba tak?

Berniaga online salah satu cara popular utk tambah pendapatan. Kenalpasti bakat anda, dan cuba 'jual'.

Untuk saya, saya pilih biz Shaklee utk jana pendapatan dengan modal minima RM75.

Berminat? Hubungi saya utk keterangan lanjut
Selamat berjaya di dlm apa jua bidang yg kita ceburi.

Atirah Mohd Saim
013-3445124
SID 886787


Saturday, November 8, 2014

Lagi-Lagi Apam Gula Merah..

Petang semalam kebetulan saya ada masa terluang. Hujan lebat, anak-anak tak boleh keluar padang dan mereka merengek untuk mengunyah sesuatu. Saya godek2 kabinet dapur..maka terjadilah episod buat apam lagi.

Ikutkan mata memang nak tidur je time hujan2 ni..tapi tak sampai hati tengok anak lapar. Saya buat Cinch Tea segelas panas, minum tawar2. Sekejap tu terus rasa berpeluh, segar sikit mata dan ringan badan. Memang best penangan Cinch Tea nanti saya kongsikan ya..

Ok berbalik kepada apam gula merah, sebelum ni saya cuba resepi yg guna tepung gandum sahaja. Hasilnya naik, gebu dan padat. Kali ni saya cuba campurkan lebihan nasi, tepung beras dan tepung gandum. Hasilnya lebih lembut dan ringan walaupun tidak naik sangat seperti resepi tepung gandum semata.

Resepi saya:

Bahan A

1cawan nasi

1 cawan tepung beras

2 cawan tepung gandum

Sedikit garam

Bahan B

1/2 cawan gula merah

1/2 cawan gula pasir

2 cawan air

Daun pandan


Bahan C

1/2 cawan air suam

1 Sudu kecil gula halus

11g mauripan


Caranya

Panaskan Bahan B hingga larut dan tapiskan. Biarkan sejuk.

Ambil sedikit airnya utk dan blend untuk nasi hingga hancur.

Masukkan bahan A dalam bekas bersama bahan B. Saya gunakan whisk sahaja. Tambahkan sedikit air jika perlu. Tambah bahan C. Gaul hingga sebati dan perap sejam.

Kukus dlm acuan kecil utk 20mt.

Projek ni start lepas maghrib. Anak2 memang sukalah. Untuk 1 adunan saya dapat kira-kira 30 biji. Boleh bagi jiran lagi. Yang lebih simpan untuk sarapan pagi esoknya.



Kaitan Omega 3 & 6 Dan Kanak-Kanak Autism Dan ADHD


Baru-baru ini saya mendapat mesej dari seorang kenalan yang ingin mengetahui bagaimana suplemen Omega Guard boleh membantu anaknya seorang autism.

Kanak - kanak istimewa yang dikenalpasti dengan autism dan ADHD biasanya mempunyai kecelaruan perkembangan terutama dari segi tumpuan. Sukar menyiapkan kerja rumah, sering berkhayal, tantrum tanpa sebab antara ciri-ciri kanak-kanak istemewa ini.

Tapi ianya boleh dikawal melalui bimbingan ibubapa pemakanan kanak-kanak ini.

Kajian telah membuktikan bahawa DHA & EPA mempunyai keupayaan untuk membantu dalam perkembangan kesihatan mental termasuk kemurungan, tekanan, insomnia, ADHD, autism dan kanak-kanak hiperaktif.

DHA penting dalam perkembangan dan EPA membantu mengawal selia inflamasi. Kanak-kanak autism dan ADHD biasanya dikaitkan dengan kekurangan DHA dan EPA.





Fungsi utama asid lemak perlu seperti Omega 3 & 6 adalah dalam menghasilkan prostaglandin, iaitu yang mengawal selia inflamasi dan memainkan peranan terhadap sistem imunisasi tubuh dengan menggalakkan tubuh melawan jangkitan.

Sukar untuk kanak-kanak autism dan ADHD untuk menukar asid lemak perlu kepada bentuk yang aktif, di mana pengambilan sumplemen amat dicadangkan.

Perubahan kanak-kanak ini dapat dilihat dari segi komunikasi serta daya tumpuan mereka bertambah baik apabila mereka mula mengambil makanan tambahan berkenaan.

Saya mencadangkan kepada kenalan ini untuk mendapatkan Omega Guard dengan harga istimewa untuk bulan November sahaja.

Thursday, November 6, 2014

Anak Tak Suka Makan Ikan?

Anak saya yg kecil, Aufa kurang gemar makan ikan. Dah bermacam masakan saya cuba, sup ikan merah, salmon grill, fillet masam manis. Mungkin kecil lagi kot. Sebab saya perasan si abang masa kecil dulu pun tak suka ikan, tapi ni dah sekolah dia lebih suka ikan dari ayam. Kena cari jalan juga macam mana nak bagi dia suka makan ikan.

Saya baca satu artikel ni tentang manfaat ikan. Salah satunya bagus utk elakkan anak dari masalah asma. Terutama jika kita perkenalkan ikan dari anak  berumur 6 bulan. Dapat menurunkan risiko asma. Bagi anak berusia 6-12 tahun yang mengambil ikan dalam makanan harian mempunyai risiko kurang diserang sesak nafas berbanding mereka yg tidak makan ikan.

Nasib baik anak saya suka ambil minyak ikan. Saya tentulah pilih Omega Guard dari Shaklee. Kaya dengan sumber asid lemak omega 3 termasuk DHA & EPA. Minyak ikan penting terutama terhadap perkembangan mental & fokus pembelajaran anak-anak.

Untuk dapatkan promosi Omega Guard bulan ni boleh hubungi saya untuk mengetahui cara2 mendapatkan harga istimewa.

Atirah Mohd Saim
013-3445124
Fb: Atirah binti Mohamed
SID 886787
COD area Bangi, Kajang, Jln Tun Razak KL

Gambar diambil masa makan ikan stim limau baru2 ni. Memang sedap tak tahulah kedai guna sos apa. Buat di rumah tak jadi sesedap ni.

Wednesday, November 5, 2014

Wanita Sihat! Anda Kurang Ambil Nutrien Ini

Khas untuk wanita pertengahan usia..

Anda jaga pemakanan anda?
Ambil makanan yg cukup zat & nutrisi?

Tapi ikut statistik kan, walaupun kita orang perempuan jaga makan tapi kita masih kekurangan 5 nutrien ini.

Nak tahu 5 nutrien itu?

1. Vitamin E - biji bunga matahari, badam
2. Kalium - bayam, pisang, yogurt, salmon
3. Kalsium - susu, yogurt, keju, bayam
4. Vitamin A - ubi keledek, lobsak merah
5. Magnesium - badam, kacang soya

Anda boleh pastikan diet harian anda mengandungi 5 nutrien di atas. Anda juga boleh dapatkan suplemen jika sukar melalui diet.

Sedikit perubahan pada diet boleh menguatkan sistem pertahanan tubuh anda.

*Info di atas melalui pembacaan dalam majalah iSihat Nov13.

Tuesday, November 4, 2014

Soalan lazim berkaitan Asid Lemak Omega3

Pengenalan asas yang berkaitan dengan Asid Lemak Omega 3

Q: Apa itu Asid Lemak Omega 3?

A: Asid lemak baik yang didapati daripada ikan, kekacang dan sayuran seperti brokoli dan bayam. Asid lemak ini diperlukan oleh badan. Oleh sebab badan tidak boleh menghasilkan asid lemak Omega3, kita perlu ambil dari makanan

Q: Apa beza antara Omega 3 dari sumber ikan dan sayuran?

A: Omega3 yang terdapat pada ikan dikenali sebagai DHA & EPA. Omega 3 dari sayuran dan kekacang dikenali sebagai ALA. Omega3 dari sayuran tidak boleh ditukar kepada DHA & EPA oleh badan secara berkesan.

Q: Berapakah hidangan ikan laut air dalam yang kaya dengan Omega3 yang disarankan untuk diambil?

A: APHA menyarankan hidangan sebanyak 2x seminggu yang untuk mendapatkan paras asid lemak Omega 3. Atau jika anda mengambilnya melalui suplemen, kandungan asid lemak yang dicadangkan adalah 800-1,000mg sehari.





Q: Kenapa ikan air laut dalam?

A: Kajian dibuat pada tahun 1970 oleh saintis dari Amerika yang mendapati bagaimana orang eskimo yang duduk dalam persekitaran berbeza dan mempunyai kesihatan yg berbeza

Penduduk eskimo di Greenland, Denmark yg bekerja sebagai nelayan tidak menghidapi masalah sakit jantung, lelah, darah tinggi dan kencing manis.

Sebaliknya orang eskimo di Amerika Utara yang bekerja sebagai pemburu yang menjadikan daging sebagai hidangan utama menghadapi masalah kolestrol tinggi dan masalah jantung.

Ini menunjukkan ikan laut dalam mengandungi asid lemak tak tepu yg sangat tinggi. Tinggi kandungan EPA dan DHA yg merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukkan thrombus.

Q: Jika saya ingin mengambil suplemen tambahan untuk Omega3 apakah kriteria yang perlu dicari?

A: Baca label kandungan. Pastikan kandungan minyak ikan Omega 3 yang tinggi berkadaran dengan kandungan EPA & DHA.

Untuk nota, kandungan untuk 3 kapsul Omega Guard Shaklee mengandungi 1,000mg minyak ikan Omega 3 dan pecahan kandungan EPA sebanyak 545mg dan DHA sebanyak 360mg.

Pastikan anda membuat pilihan yang bijak jika ingin mendapatkan sumber tambahan Omega3 dari kapsul minyak ikan.

Nantikan entri seterusnya di mana saya akan kongsikan Minyak Ikan vs Hati Minyak Ikan,


Saturday, November 1, 2014

Bagaimana Menentang Keradangan (Inflamasi)

Inflamasi adalah tindakbalas imuniti terhadap infeksi atau serangan virus. Biasanya mereka yg mudah diserang inflamasi, imuniti badan mereka mungkin rendah.

5 amalan pemakanan yg boleh membantu mencegah keradangan adalah:

1. Lebihkan buah dan sayur terutamanya sayuran berdaun hijau seperti bayam

2. Ambil banyak asid lemak Omega 3 seperti salmon, walnut, minyak zaiton dan avokado

3. Guna rempah sewaktu memasak. Contohnya kunyit, kayu manis, halia dan bawang putih yg kaya antioksida

4. Kurangkan gula kerana ia meransang rembesan hormon yg memicu tindakbalas imun

5. Makan lebih produk fermentasi seperti kimchi, yogurt dan cuka epal.

Untuk sumber tambahan asid lemak Omega3 boleh didapati melalui suplemen Omega Guard dari Shaklee.

Omega Guard menggunakan kaedah ulltratulen bergred farmaseutikal. Dari proses penyulingan sehingga proses mengekstrak minyak.

Saya sudah melihat perbezaan kesan Omega Guard terhadap anak saya. Anda tentu ingin mencuba.

Friday, October 31, 2014

Sembelit?? Tiada Lagi Mimpi Ngeri Di Dalam Tandas

Assalamualaikum..

Pernah tak anda mengalami masalah2 begini:


  • Sakit atau rasa tak selesa terutama bengkak dan rasa gatal pada bahagian dubur
  • Pengeluaran lendir
  • Pendarahan rektum


Awas! Itu mungkin antara simptom2 buasir. Buasir merupakan pembengkakan vena atau saluran darah pada bahagian rektum dan dubur.


 Buasir terjadi akibat tekanan darah terlalu tinggi di bahagian rektum yg mendorong kepada keregangan pada salur darah sekaligus menyebabkan bahagian dubur menjadi bengkak.

Apabila vena ini membonjol keluar, ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya bengkak, sakit, gatal dan berdarah.


Antara faktor yang menyebabkan keadaan di atas adalah:


  • Meneran ketika membuang air besar
  • Cirit birit
  • Bersalin
  • Diet rendah serat
  • Duduk dalam tempoh masa yg panjang.

Bagaimana Set Cadangan Shaklee untuk Buasir boleh membantu??

Berita baik untuk anda, terutama ibu mengandung dan dalam pantang yang mengalami masalah sembelit. Shaklee ada menawarkan produk melegakan masalah anda. Set ini mengandungi 3 produk iaitu Alfalfa/Herblax, Zinc dan Ostematrix. Ia berfungsi melalui 2 langkah:

1. Detoksifikasi

Menyahtoksik dengan produk Herb Lax atau Alfalfa. Alfalfa juga kaya dengan serat untuk melancarkan proses pembuangan.

2. Menjanasemula sel

Zinc membantu meningkatkan sistem imun dan mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan luaran.
Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ia melembapkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.
Ostematrix membantu proses pelawasan yang mudah.






Untuk pertanyaan:

Atirah| 013-3445124
SID 886787


Tuesday, October 28, 2014

Away Day - Belajar Motivasi

Assalamualaikum..

2 minggu lepas, saya hadir ke Away Day Division Office Saya di Avani Resort, Sepang. Cantik tempat tu, chalet atas air. Sesuai untuk bawa family. Tapi sebab atas urusan kerja saya tak dapatlah bawa family, takpelah lepas ni kita pergi ya..

Apa yg nak saya kongsikan adalah 2 benda yg saya belajar semasa  Away Day. Aktiviti hari pertama ala2 team building.

1. Disagree But Commit
Pernah kan dalam kehidupan harian kita, kita tak bersetuju dgn sesuatu perkara, tak kiralah dgn pasangan atau bos. Bila konflik berlaku apa tindakkan kita?
Bantah dan tidak melakukan seperti diminta?
Atau ya..kita tak setuju, kita ada pendapat sendiri tapi kita tahu kita terikat dgn objektif syarikat atau kita bekerja dlm satu kumpulan. Kerjasama suami isteri pun dalam satu kumpulan kan?

Konflik atau tak bersependapat tu bagus sebenarnya. Sebab kita saling berhujah cara mana yg lebih baik. Penghujungnya kita tahu kita mesti mencapai matlamat yg satu. Sebab tu dlm kumpulan walaupun ada konflik awalnya tp setiap ahli pasukan berbincang cara mana yg bagus dan perlu bergerak ke arah target yg satu. Bukan lari dari komitmen.

2. Sacrifice or Investment?
Kalau org minta pertolongan, kita akan gembira utk membantu kan? Kalau kali ke2 agak2 suka lagi tak nak tolong? Kali ke3? Berbaloi ke apa yg kita tolong?

Kenapa ya? Mungkin sebab kita rasa kita perlu dapat balasan atas pertolongan dulu?
Cth lain mungkin saya boleh kaitkan dengan biz Shaklee saya. Tidur lewat study produk atau tulis blog, belanja utk promosi, atau kurang masa tengok tv. Itu pengorbanan atau pelaburan? Kalau pengorbanan kita mungkin rasa penat jika tak dapat pulangan, tapi kalau kita buat sesuatu dengan objektif ini adalah pelaburan aku utk masa depan yg cerah, pahala lebih dapat 'memberi' tentu kita tak rasa sia2 kan apa yg kita buat sekarang? So sekarang ni, kita nak anggap kerja yg kita buat ni pengorbanan atau pelaburan?. Tentu nak anggap sebagai saham

Dua benda ni memang melekat dalam fikiran saya balik tu. Semoga saya dapat amalkan dan berubah jadi yg lebih baik dari sebelumnya. Semoga anda juga dapat manfaat atas apa yg saya kongsikan.

Sunday, October 26, 2014

Performance Drink - Boost Your Energy

Anda rajin melakukan aktiviti luar?
Anda bekerja di bawah sinaran matahari yg membuatkan sering dahaga?
Anda aktif bersukan?
Anda sering letih lesu, berasa haus sentiasa?
Anda berpuasa?
Cirit Birit hingga badan kehilangan air?

Minuman ini mungkin sesuai & dapat membantu anda.

Performance Drink adalah minuman hidralit yg kaya dgn mineral tinggi. Ia bukan seperti air minuman isotonik di pasaran. PD rendah gula dan bebas dari karbonat.

Bancuh dengan air sejuk, nyaman terasa.

Khas untuk mereka yg bersukan, minuman PD:

Memberi tenaga kepada otot & sel dgn cepat
Menggantikan air yg hilang
Meningkatkan daya tahan otot & mengelakkan kecederaan
Performance Drink bukan sekadar minuman isotonik biasa.

Nak setong hari ini?

Hubungi SID Anda
Atirah Mohd Saim
013-3445124
COD Area Bangi/Kajang/Jln Tun Razak KL

Projek Hujung Minggu - Frozen Breakfast

Assalamualaikum semua..

Mood terlebih rajin mingu ni. Lagipun anak2 nak periksa maka masa banyak dihabiskan di rumah.

Jadilahnya projek membuat kuih untuk stok sarapan 2-3 hari minggu ni. Kuih keria dan karipap. Saya panaskan dgn oven selama 5 mt sebelum disimpan dlm peti sejuk. Besok pagi2 tinggal goreng saja.

Karipap tu dari lebihan ayam yg saya masak Nasi Beriani Pakistan di pagi Awal Muharam lepas. Bahagian dada memang ramai tak suka, dari membazir saya carik-carikkan, letak kentang & pes kari masak atas dapur. Sedap!! Sebab terasa rempahnya.

Sukalah anak minggu ni, taklah jemu dengan roti, cucur dan corbflakes saja.

Saturday, October 25, 2014

Khasiat Pisang

Pisang awak
Pisang berangan
Pisang tanduk
Pisang emas

Antara jenis pisang yg terkenal. Pisang boleh dimakan mentah atau dijadikan hidangan. Paling saya suka buat adalah milkshake banana. Akhir entry saya kongsikan resepi milkshake banana ye. Kenyang tau makan pisang ni sebenarnya.



Mengikut pemmbacaan artikel bertajuk Pisang Cergaskan Badan, Majalah iSihat Nov14, apa yang boleh saya kongsikan:

Sebiji pisang = Mengandungi 110 kalori & 14g gula.

Anda sering stress? Makan pisang! Betul, kerana kandungan B6 dalam pisang membantu otak mengeluarkan hormon serotonin yg memberi kesan penenang dan meredakan tekanan emosi. Wahh!! Wajib ada stok pisang di rumah terutama utk ibu2 yg mempunyai anak2 aktif ni :)

Manfaat kesihatan lain yg boleh diperoleh dari pisang adalah:

Memelihara jantung dan mengawal tekanan darah.
Bagaimana? Dengan kandungan potasium/kalium sehingga 400mg dlm sebiji pisang kerana kalium mampu memelihara fungsi otot dan saraf serta menjaga keseimbangan cecair badan.

Sebagai snek yang sihat
110 kalori sahaja dlm sebiji pisang dan 3g serat utk proses pencernaan badan & memberikan rasa kenyang lebih lama.

Untuk kekuatan tulang
Pisang kaya dengan zat besi. Kalium dlm pisang juga membantu mencegah risiko osteoporosis.

Menarik kan? Oh ya, ini resepi milkshake banana kegemaran saya:

200ml susu segar
1 biji pisang berangan
1 scoop Mealshake Shaklee @ 1 scoop ESP Shaklee
Beberapa ketul ais

Blend sehingga hancur dan pekat. Mesti nak lagi!

Friday, October 24, 2014

Bawa Bekal Ketika Bercuti

Sekarang ni kecohlah pak menteri dengan Kempen Membawa Bekal sebagai satu cara menjimatkan belanja.

Saya tak malu nak mengaku yg saya sangat suka bawa bekal! Tak kiralah bekal ke tempat kerja atau waktu berjalan. Mungkin sebab kecil dulu dah biasa mak ayah sediakan bekal sebab kami adik beradik ramai.

Malah kalau berjalan pun saya pastikan ada bekal dalam kereta. Paling kurang utk kudap-kudapan. Kalau berjalan waktu pagi, saya akan cuba masak utk sarapan dan lunch. Sampai hotel, makan bekalan dari rumah. Waktu malam baru cari makan luar. Bukanlah kedekut tapi kurang2 dapat jimat sedikit belanja, bolehlah didivertkan ke shopping! Hehe. Nasib baik suami pun sekepala dan suka je bawa bekal dari rumah.

Contoh hidangan bekalan kami:

Utk sarapan - ringkas sahaja seperti sandwich atau cekodok/kuih. Mihun goreng pun sedap. Bekalan buah pun saya potong siap2.

Utk lunch - biasanya nasi lemak atau nasi dengan lauk yg ringkas dan kurang berkuah. Contoh ayam kicap/ayam panggang dan sayur goreng.

Air masak secukupnya jangan lupa.

Selain tu saya bawa juga air kotak, roti, biskut dari rumah utk kudapan anak.

Seronok bawak tupperware tingkat tu dan makan di hotel. Ala-ala piknik gitu. Yang penting masakan dimasak dengan kasih sayang, sedap tak sedap belakang kira.

Gambar ni diambil bulan lepas nak pergi jogging dan bersenam di taman Presint Diplomatik sambil picnic di wakaf.

Thursday, October 23, 2014

Had Pengambilan Soya Yang Selamat

Anda suka soya? Tapi risau berapa sebenarnya jumlah yang selamat diambil sehari?

Soya sering diambil oleh masyarakat di Negara Asia. Di Jepun & sebahagian urban China misalnya, purata pengambilan adalah 1 ½ to 2 hidangan setiap hari. Tetapi orang tua yang cenderung kepada diet tradisi mungkin mengambil sehingga 3 hidangan sehari.

Berdasarkan kajian penyelidikkan yang dijalankan di Asia & Barat, pengambilan yang dicadangkan adalah sebanyak

3 atau 4 hidangan soya sehari = 25g protein dan 100mg isoflavones


Jika melebihi jumlah di atas, ia tidak merbahaya tetapi pengambilan lebih dari 4 hidangan soya sehari adalah tidak konsisten dengan prinsip kepelbagaian dan kesederhanaan dalam memilih makanan.

Keypoint di sini adalah bersederhanalah dalam pengambilan sesuatu makanan walaupun kita suka sangat dengan makanan tu atau sesihat mana makanan tersebut.

Berapa pengambilan ESP yang dibenarkan?

Cuba check label ESP tong anda.
Amount per Serving (28g) (3sudu)

So ingat ya! Jangan lebih 3 sudu sehari.


Wednesday, October 22, 2014

7 Kriteria WAJIB Ada Pada Protein Soya yang Berkualiti dan Terbaik

Perbezaan ESP Shaklee

OK, sebelum ini saya dah terangkan yang protein ESP adalah terhasil daripada kacang soya non GMO. Ini salah satu ciri yang membezakan protein ESP Shaklee dengan soya lain di pasaran. Selain itu ciri-ciri lain yang menjadikan ESP berkualiti dan terbaik adalah:


Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organik

Kenapa kacang soya mesti ditanam secara organik? Sebab kajian penananam secara kimia (bukan organik) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatlah penting racun seranggan dan bahan kimia lain tidak digunakan di sepanjang proses pembesaran soybeans ni.

Kacang Soya itu mestilan Non GMO (tak dihasilkan secara genetik)

Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered? Sebab secara umumnya. kacang soya yang dari jenis genetik ini adalah murah utk dihasilkan (lebih kurang vitamin sintetik dan vitamin natural) dan kebanyakan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan

Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu

Ini ciri yang amat penting. Badan memerlukan kesemua 9 asid amino ini untuk menghasilkan hormone, jus penghadaman,antibodi, enzyme. Jika salah satu dari asid amino penting ini hilang, sistem imun akan menyrun 30% dan banyak fungsi badan akan terhenti atau terganngu.

Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alkohol

Alcohol itu haram satu perkara, tapi kalau dicuci dgn alkohol ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone sehingga 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko kanser paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang

Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan

Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.

Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan

Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result

Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur kalsium..kenapa?

Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang. Dan oleh yg demikian unsur kalsium yang secukupnya mesti ditambah ke dalam soy perotein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soya tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protein tidak menambah cukup.


Bagaimana dengan Shaklee Energizing Soy Protein (ESP)?

Sudah tentu melepasi piawaian di atas dengan cemerlangnya. Jadi tidak perlu lah anda pening lagi kerana sudah tahu jawapannya. ESP adalah produk no 1 kami. Sekali mencuba sudah pasti anda akan jatuh cinta dan tidak berpaling lagi.




Promosi ESP Percuma 1 Untuk 6 Pembelian masih lagi berbaki 9 hari untuk bulan Oktober'14.

Harga Runcit RM150
Harga Ahli?? Hubungi saya jika anda berminat dengan keahlian Shaklee

Dapatkannya sebelum terlambat!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...